Lelaki Tersepit Selepas Kereta Dipandunya Terbabas


LUNDU: Seorang pemandu tersepit di dalam keretanya yang terbabas ke dalam parit berdekatan Kampung Serayan Ulu Lundu, di sini awal pagi hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja laporan diterima pada pukul 5.33 pagi.

“Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 53 tahun dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum jatuh ke dalam parit di tepi jalan raya.

“Mangsa yang tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan oleh bomba dan kemudian diberikan rawatan awal di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lundu untuk mendapatkan rawatan lanjut. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas