Enam Keluarga Miskin Terima Kios Penjaja Berkuasa Solar Pertama Di Sarawak


KOTA SAMARAHAN: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) tampil dengan inisiatif baharu iaitu menyediakan kios penjaja berkuasa solar yang pertama di Sarawak kepada enam keluarga miskin untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Kesemua penerima ialah dari Kampung Baru di sini, yang berdaftar di bawah e-Kasih.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata bantuan kios penjaja berkuasa solar itu akan membolehkan para penerimanya menjalankan perniagaan bukan sahaja pada siang hari sahaja tetapi juga waktu malam.

“Dengan adanya kios penjaja berkuasa solar ini, ia diharap dapat membantu menjana pendapatan peserta untuk mengubah kehidupan keluarga mereka,” katanya pada Majlis Penyerahan Rasmi Kios Penjaja Berkuasa Solar kepada para penerima di MPBS, di sini hari ini yang turut disaksikan oleh pengerusi MPKS Datuk Peter Minos.

Menurut Rubiah, kos kios tersebut adalah RM20,000 seunit yang merangkumi sistem solar bernilai RM15,000 termasuk peralatan RM4,500 dan RM500 untuk pengendalian kursus motivasi dan literasi kewangan bagi setiap peserta.

Pada masa sama, katanya penerima bantuan kios penjaja berkuasa solar itu akan dipantau oleh MPKS selama setahun untuk mengukur kejayaan serta impak kepada peserta termasuk keberkesanan pelaksanaannya.

Manakala Minos berkata walaupun tidak begitu besar namun bantuan berkenaan menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat miskin.

“MPKS menyokong penuh inisiatif sebegini di mana ia membantu menyediakan kemudahan kepada orang miskin amnya untuk meraih pendapatan,” katanya.

Beliau berkata buat masa ini iaitu di bawah fasa 1/2018, sebanyak tujuh buah kios tersebut diperuntukkan di Sarawak dengan masing-masing di MPKS dan satu buah di Majlis Daerah Simunjan. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu