Kapal Tenggelam Di Kuala Sungai Rajang, 8 Kru Selamat


SIBU: Seramai lapan anak kapal berjaya menyelamatkan diri ke dalam rakit keselamatan selepas kapal Bahagia Maju karam kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Rajang di sini hari ini. 

Mangsa-mangsa merangkumi dua warga tempatan, empat warga India, seorang warga Mynmar dan seorang warga Indonesia.

Mereka ialah Zaw Min Tun (Myanmar), Vikram Chand (India), Ting Tiew Hing (Malaysia),  Rambau Landa (India), Tokito Khuwoto Chishi (India), Suprayoga (Indonesia), Atchuta Rao Chepra (India) dan Wong Sie Soon (Malaysia)

Menurut Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Robert Teh Geok Chuan, usaha gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan susulan menerima panggilan kecemasan sekitar 9.30 pagi daripada anak kapal yang turut memberikan kordinat lokasi semasa mereka. 

"Mangsa berjaya diselamatkan oleh bot nelayan tempatan dan dibawa ke jeti terdekat di Kampung Kabong dan seterusnya akan dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.

"KM Semilang akan bergerak ke lokasi kapal karam untuk melaksanakan pemantauan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, turut bergerak ke lokasi adalah bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan bot nelayan.

"Dua bot bomba yang dalam perjalanan ke lokasi kejadian terpaksa berpatah balik disebabkan keadaan laut bergelora. 

Operasi itu turut dibantu oleh polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS). - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas