Penunggang Rentung Nahas Babitkan Motosikal & Bas


SARIKEI: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi rentung selepas motosikal ditungganginya terperangkap di bawah sebuah bas lalu terbakar.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Suna Kaha kejadian itu berlaku selepas motosikal mangsa berlanggar dengan sebuah bas dalam satu kemalangan di Kilometer 9, Jalan Sarikei-Sibu berhampiran dengan Simpang Bulat, dekat sini, jam 2.30 petang, hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian bas terbabit dalam perjalanan dari Sibu menuju ke Sarikei.

"Mangsa (penunggang motosikal) telah ditemui rentung dan terperangkap di bawah bas bersama dengan motosikalnya.

"Hingga kini, identiti mangsa yang maut belum dapat dipastikan lagi dan mayat mangsa telah diserahkan kepada  pihak polis untuk tindakkan selanjutnya," kata Suna ketika  dihubungi media hari ini.

Pihak bomba telah mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk memadam kebakaran tersebut dan seterus mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Beliau turut memberitahu pemandu, pemeriksa tiket, seorang konduktor dan empat orang penumpang bas tersebut terselamat. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu