Seminar Gabungan Parti Sarawak Pertama Pada Sabtu Ini


KUCHING:  Seminar Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang pertama akan diadakan pada Sabtu ini di Pusat Konvensyen Penview (PCC), di sini.

Seminar pertama itu dianjurkan Jawatankuasa GPS Zon 1 yang terdiri daripada enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjong Datu, Pantai Damai, Demak Laut, Tupong, Samariang dan Satok.

Pengerusi jawatankuasa pengelola Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata seminar pertama itu sebagai permulaan yang akan disusuli zon lain seluruh negeri nanti.

"Terdapat 12 kawasan pentadbiran GPS dan kita adalah Zon 1 yang akan memulakan seminar ini.

"Seminar GPS ini merupakan program seharian yang bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang dengan diisi beberapa acara," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) berkata, program diadakan dibahagi kepada dua bahagian, iaitu pagi dan petang.

Katanya, sesi pagi akan dimulakan dengan seminar yang menampilkan tiga panel jemputan.

Sementara sesi petang merupakan acara kemuncak iaitu sesi Dialog Awam Bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada jam 2 petang.

"Beliau (Abang Johari) akan bercakap mengenai pentadbiran negeri selain perubahan suasana politik di Sarawak," katanya.

Dr Abdul Rahman memberitahu seminar GPS zon 1 itu menjangka disertai kira-kira 1,700 peserta.

Hadir sama ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)  Cawangan Tanjong Datu, Azizul Anuar Adenan, Naib Ketua Wanita PBB Datuk Dayang Madinah Tun Openg serta yang lain. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas