Yamaha Y15 Miliki Populariti Serta Potensi Naik Taraf Tinggi


Yamaha Y15 semakin popular sejak mula memasuki pasaran Malaysia.

Ditambah lagi dengan penglibatan mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang turut tampil menggunakan Yamaha Y15 dengan hashtag #maluapabo55ku, populariti model ini semakin hangat!

Dengan kapasiti 150cc dan menggunakan sistem pancitan bahan api, kerja-kerja menala enjinnya semakin mudah dari hari ke hari.

Datang dengan rekabentuk moden yang menarik, Yamaha Y15 terus mendapat tempahan walaupun ada segelintir pengguna yang mengatakan harganya agak tinggi.

Di pasaran, pelbagai alat ganti mula dijual bahkan ia teus dipertingkat dari semasa ke semasa.

Image result for malu apa bo55ku

Bermula dari set kepala enjin menawarkan saiz injap lebih besar, lejang lebih panjang, programmable engine control unit, ekzos sukan hinggalah ke silinder bersaiz 74mm, segala yang berkaitan dengan Yamaha Y15 pasti hangat di pasaran.

Potensi enjinnya amat besar mampu memenuhi keperluan bagi peminat sukan drag dan cub prix.

Dari khabar angin yang tersebar, berkemungkin Yamaha Y15 akan tampil dengan model baharu dalam masa terdekat. 

Sementara menunggu kehadiran model terbaharu itu, apa kata kita kongsikan spesifikasi modifikasi yang telah anda lakukan ke atas Yamaha Y15 anda disini. - CucuAbangGodam

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu

Disimbah menantu dengan air panas