Dua Lelaki Dicekup Pecah Masuk Rumah Sarang Burung


SARIKEI: Dua lelaki iaitu seorang warga tempatan dan seorang warganegara Indonesia dicekup kerana dipercayai memecah masuk rumah sarang burung walet di Skim B di sini, malam kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 20 hingga 30 tahun ditangkap oleh pemilik rumah burung walet ketika memecah masuk rumah sarang burung itu sekitar jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superintenden Awang Arfian Awang Bujang berkata, kegiatan kedua-dua suspek memecah masuk rumah burung walet itu disedari pekerja menjaga rumah burung itu sekitar jam 10 malam.

“Sebaik sahaja menyedari kejadian itu, pekerja rumah burung itu memaklumkan perkara tersebut kepada majikan mereka dan seterusnya membawa kepada penangkapan kedua-dua suspek.

“Suspek ditangkap direman empat hari bermula hari ini (Jumaat) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas