Pasukan Aruba.it Racing - Ducati Superbike Lancar Jentera Ducati Panigali V4R WSBK 2019


  • Pasukan Aruba.it Racing – Ducati Superbike telah melancarkan jentera Ducati Panigale V4 R WorldSBK 2019 mereka.
  • Penunggang mereka yang sedia ada, Chaz Davies akan disertai oleh penunggang baharu dan bekas pelumba MotoGP, Alvaro Bautista.
  • Kejohanan WorldSBK musim 2019 menandakan kali pertama Ducati mempertaruhkan jentera janaan enjin V-Four.

Dengan musim perlumbaan yang semakin hampir tiba, para pasukan telah berlumba-lumba memperkenalkan jentera masing-masing bagi tahun 2019. Terbaru adalah Aruba.it Racing – Ducati Superbike, yang telah melancarkan jentera Ducati Panigale V4 R mereka bagi kejohanan WorldSBK 2019.



Penunggang untuk pasukan berkenaan, Chaz Davies dan juga pendatang baharu, Alvaro Bautista akan mengemudi jentera ini dalam usaha mereka untuk merangkul semula kejohanan buat Ducati. Pengeluar dari Itali berkenaan telah mendominasi kejohanan sepanjang tahun 90-an dan ianya melalui kejohanan inilah nama Ducati menjadi sebutan ramai, sebelum mereka menceburi kejohanan MotoGP. Bagaimana pun, mereka telah gagal untuk memenangi takhta kejohanan superbike sejak tujuh tahun yang lalu.



“Kami akan berusaha dengan hanya satu tujuan dalam minda: menang,” ujar Gigi Dall’Igna tentang program WorldSBK Ducati Corse.

Motosikal Ducati Panigale V4 R ini juga sebuah mercu tanda yang penting bagi Ducati kerana ianya adalah motosikal kegunaan jalan raya janaan enjin V-Four pertama mereka. Pengeluar berkenaan telah mencipta model Panigale V4 ini sebagai senjata mereka bagi memenangi kejohanan WorldSBK, dan dengan itu telah mengakhiri tradisi mereka menghasilkan motosikal superbike V-Twin. WorldSBK dan World Supersport adalah kejohanan yang berdasarkan model pengeluaran. - MM



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu