183 mangsa banjir di Betong ditempatkan di pusat pemindahan sementara


BETONG: Seramai 183 orang daripada 35 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Perpaduan Debak di sini, setakat pukul 4 petang ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah itu meningkat berbanding 22 orang mangsa dari lima keluarga ketika pusat pemindahan itu dibuka tengah hari.

Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan susulan banjir yang berlaku di Kampung Bungey akibat hujan lebat pada Selasa.

Kampung terjejas akibat banjir sedalam dua kaki hingga satu meter adalah Kampung Lalang, Kampung Bungey Hulu, Kampug Bungey Hilir, Kampung Babu Hilir, yang terletak di kawasan rendah serta di tepi Sungai Rimbas. 

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang giat menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas