Parah terjatuh dari aras lima bangunan
KUCHING: Seorang lelaki cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari atas bangunan di sebuah tapak pembinaan di Kota Samarahan dekat sini, semalam.
Menurut sumber, mangsa, 36, semasa kejadian sedang bekerja di aras lima bangunan tersebut sebelum dipercayai terjatuh sekitar jam 9 pagi.
Mujur kejadian tersebut disedari rakan sekerjanya yang kemudian terus membantu mangsa dan menghubungi pihak hospital.
“Mangsa diberikan bantuan kecemasan oleh anggota paramedik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sementara menunggu bantuan daripada anggora paramedik Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (PJHUS),” kata sumber.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.
Hadir sama di lokasi kejadian ialah anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan. - UB
Comments
Post a Comment