Pesta Daro 2019 bermula hari ini sarat aktiviti, pengisian menarik


MUKAH: Seramai 30,000 dijangka pengunjung menggamatkan Pesta Daro 2019 yang berlangsung selama sembilan hari bermula hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad yang juga selaku pengerusi penganjur, pihaknya telah menyediakan pelbagai program bagi memeriahkan pesta tersebut.

“Antara program yang dirancang ialah majlis kesyukuran sambutan Hari Daerah Daro Ke-46 tahun, pertandingan poco-poco kreatif, menyumpit, futsal, pertandingan makan aiskrim, pertandingan bermukun serta pertandingan nyanyian ‘The Voice Daro’,” katanya kepada Utusan Borneo.

Turut diadakan pelbagai gerai jualan, pameran dan aktiviti sampingan sehingga 11 malam setiap hari sepanjang tempoh berlangsungnya pesta.

Difahamkan sebanyak 186 gerai akan turut serta memeriahkan suasana pesta.

Kemuncak acara berlangsung pada Sabtu di mana Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka hadir merasmikan pesta, sekali gus menyempurnakan upacara pecah tanah pembinaan Masjid Daerah Daro.

“Kita alu-alukan seramai mungkin pengunjung untuk hadir bagi memeriahkan semua acara yang telah dirancang dan akan berlangsung,” jelasnya lagi.

Kehadiran para pengunjung sama ada di kawasan Daro mahupun luar kawasan diharap dapat menjadi penggerak utama ekonomi setempat, di samping dapat melihat keindahan Daro. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas