Tak suka “kereta terbang”, boleh naik “kereta buluh”


Model skala kecil “kereta terbang” yang mula menjadi buat mulut orang ramai selepas muncul di LIMA 2019 semalam mengundang banyak maklum balas dari pelbagai lapisan masyarakat. Dan, selepas melihat model contoh berkenaan, ramai yang agak sinis dengan perkembangan itu – ia bukan prototaip yang pernah disebut-sebut sebelum ini.

Namun, apa yang lebih menarik ialah cara Menteri Pembangunan Usahawan, Minister Redzuan Yusof yang selalu ke depan untuk menjadi jurucakap kepada hal ini. Kata beliau, “kalau tak gembira dengan kereta terbang, boleh pandu kereta buluh.” Ini yang beliau nyatakan ketika di Parlimen hari ini, seperti dilaporkan oleh The Star.

“Mereka boleh pilih sama ada untuk bergerak ke hadapan atau kekal ketinggalan. Orang panggil ini penafian, di mana mereka boleh memilih untuk tertinggal di belakang. Ok saja kalau nak duduk bawah buluh. (Kalau mereka) nak naik kereta buluh pun ok juga,” kata beliau.

Menurut Redzuan, sokongan kerajaan terhadap projek “kereta terbang” secara swasta adalah bertujuan untuk membangunkan model insan di negara ini. “Ia untuk memberikan pendidikan pengetahun kepada mereka. Kita tak mahu kumpulan ini ketinggalan,” jelas beliau.

“Sebenarnya, belia-belia Malaysia di belakang projek ini sudah jauh ke hadapan, dan berada sama tahap dengan orang lain yang mencipta dan melakukan kajian (tentang projek ini) diperingkat antarabangsa,” tambah Redzuan.

Sebahagian warga Malaysia sebelum ini mempersenda “kereta terbang” berkenaan di media sosial, memerli sama ada unit model skala yang ditunjukkan di Langkawi itu diperbuat menggunakan kipas KDK, sementara yang lain tetap bernada skeptikal dengan apa yang ditunjukkan itu.

Sementara itu, CEO Aerodyne, Kamarul Muhamed berkata prototaip sebenar kenderaan itu nanti dijangka boleh disiapkan menjelang hujung tahun ini, dengan kos sekitar RM500,000. Aerodyne merupakan sebuah syarikat utama dalam industri perkhidmatan drone dan dinobatkan tangga ke-7 diperingkat antarabangsa oleh Drone Industry Insight. - Paultan

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas