Taman Pertanian Sagrotek dibangun dengan pertanian moden


KUCHING: Taman Pertanian Sagrotek di Paya Paloh, Kota Samarahan akan dibangunkan dengan pertanian moden oleh Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS).

Naib Presidennya Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, fasa pertama yang berbentuk pertanian jitu akan melibatkan golongan belia dan ahli SABERKAS.

“Ini adalah antara usaha SABERKAS untuk membangunkan projek pertanian berskala besar dengan penglibatan golongan belia tempatan.

“Buat permulaan SABERKAS akan mengusahakan kawasan seluas 12 ekar sebagai pusat latihan yang merangkumi bangunan untuk latihan dan asrama pelatih,” katanya.

Beliau  berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi dan Pusat Latihan Pertanian SABERKAS di Paya Paloh, Samarahan di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar itu menaruh harapan agar kawasan tersebut dapat digunakan dalam masa terdekat untuk membolehkan latihan dijalankan bagi melatih belia.

Untuk fasa seterusnya, kata Dr Abdul Rahman, SABERKAS akan menjalin kerjasama dengan Jabatan Pertanian Sarawak bagi membangunkan kawasan seluas 40 ekar untuk pertanian.

“Justeru, pertanian moden yang menggunakan sistem Internet untuk Segala-galanya (IoT) sudah pasti akan menarik golongan muda untuk terlibat dengan bidang pertanian,” katanya.

Turut hadir Residen Samarahan Ibrahim Lumpu, Setiausaha Eksekutif SABERKAS Iszuan Haironi dan ahli SABERKAS yang lain. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu