GPS Utamakan Hak & Kepentingan Sarawak


GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) kesal dengan kenyataan terkini Pengerusi PKR Sarawak, YB Baru Bian, yang menuduh Ahli-Ahli Parlimen GPS sebagai pengkhianat dan mengabaikan tugas dalam isu Rang Undang Undang Persekutuan Fasal (2) Perkara 1.

Tuduhan Baru bahawa alasan GPS “Abstained” tiada merit, membuktikan betapa Baru memandang remeh RUU berkenaan. Kesemua Ahli Parlimen GPS hadir di Dewan Rakyat dengan hampir kesemuanya mengambil bahagian di dalam perbahasan bagi menegur ‘loopholes’ pindaan itu dan memohon supaya “pursuant to MA63” dimasukkan bagi menperkukuhkannya. Seperti yang saya jelaskan dalam kenyataan akhbar bertarikh 12 April 2019 ada loopholes yg perlu diperbaiki.

Kalau Ahli-Ahli Parlimen GPS tidak hadir dan tidak berusaha memperbetulkan kelemahan yang ada, itu barulah dinamakan mengabaikan tugas. Ahli-Ahli Parlimen GPS bukan sahaja membahaskannya malah telah berunding dengan semua pihak termasuk Menteri Undang-Undang, pemimpin kerajaan dan pembangkang Sabah termasuk YAB Ketua Menteri Sabah; banyak kali berjumpa Menteri Undang-Undang dan turut berjumpa pemimpin pembangkang di Semenanjung untuk menyatakan pendirian GPS.

”Malah saya selaku Ketua Whip turut berjumpa YAB Perdana Menteri, untuk menyatakan pendirian Sarawak supaya “pursuant to MA63” dimasukkan bagi melengkapkan pindaan berkenaan”.

Bagi GPS, RUU berkenaan bukan benda kecil yg boleh diselesaikan secara ‘window dressing’, sebaliknya ia perlu di selesaikan secara menyeluruh demi masa depan rakyat dan negeri Sarawak. Ia memerlukan ketiga-tiga Penasihat Undang-Undang Persekutuan dan negeri untuk duduk berbincang mengenai intrerpretasi perundangan dan juga susun kata perundangan yang lebih tepat.

Bagi GPS, apabila ia menyentuh mengenai mengembalikan hak-hak dan keistimewaan Sabah dan Sarawak serta melindungi kepentingan kita sepenuhnya, tidak harus ada sebarang kompromi.

Kalau Baru Bian mahu mempolitikkan isu berkenaan, terserah kepada beliau. GPS tetap dengan pendirian bahawa bila menyentuh soal hak Sabah dan Sarawak, VK Liew bukan musuh kita, Chong bukan musuh kita dan Baru Bian juga bukan musuh kita.

GPS bukan meminta lebih daripada apa yang kita berhak dapat didalam MA63. Kita hanya mahu memperkukuhkan dan tidak mahu ada sebarang kelemahan (loopholes) bagi melindungi hak Sarawak sepenuhnya.

Jika kita mahu memperbetulkan perkara ini, marilah lakukannya dengan cara yang betul dan kita atasi kelemahan serta kekurangan yang ada sebelum kita meluluskan rang undang-undang pindaan ini. GPS kini fokus meneruskan perjumpaan dengan semua pemegang taruh berkaitan termasuk penasihat-penasihat undang-undang.

DATO’ SRI HJ FADILLAH HJ YUSOF
KETUA WHIP GPS
20 April 2019

UnReportedNews™® #iamSarawakian #IbuPertiwiku

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu