Jom meriahkan Festival Bung Bratak pada 1 Mei


KUCHING: Festival Hari Bung Bratak bakal berlangsung pada 1 Mei depan di Bung Bratak yang terletak di Kampung Tembawang di Bau dekat sini bermula jam 8 pagi.

Terbuka kepada umum, festival ini dijangka dirasmikan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong.

Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak Datuk Peter Minos berkata seperti lazimnya, festival ini akan menunjukkan budaya tradisional Bidayuh, muzik dan tariannya.

Selain itu perarakan ‘Dayung Sangon’ atau gadis cantik juga akan ditampilkan pada festival tersebut.

“Bung Bratak merupakan penempatan awal masyarakat Bidayuh Jagoi-Bratak iaitu 750 tahun lalu pada ketinggan 1,000 kaki.   

“Pada hari ini, Bung Bratak telah menjadi salah satu destinasi pelancongan menarik kepada pengunjung dari dalam dan luar Sarawak,” katanya.

Untuk kemudahan para pengunjung, persatuan telah membina Pusat Warisan Bung Bratak (BBHC) dengan dana RM8 juta daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Pembangunan BBHC turut merangkumi sebuah rumah panjang sebagai kemudahan penginapan dengan bayaran RM100 semalam seorang termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam serta sebuah baruk.

Bung Bratak turut dikelilingi hutan dara yang menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna selain air terjun. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu