Menteri Muda Pertanian Lawat Daerah Pusa


Pusa: Hari kedua lawatan YB Dr Abdul Rahman membuat tinjauan ke 3 projek pertanian di Daerah Pusa. 

Pertama ke kolam percubaan dan demonstrasi udang harimau dan udang putih milik Jabatan Perikanan Malaysia yang mana 3 buah kolam  disewakan kepada pengusaha baru dalam tempoh 3 ke 4 tahun . 

Masa ini pengusaha tersebut adalah En Awang Nash Farini Bin Sarbini, 30 tahun, lulusan jurutera awam, satu contoh usahawan muda terlibat dalam bidang akuakultur dan menjana pendapatan sekitar RM30 ribu sebulan. 

Seterusnya rombongan melawat projek pengeluaran gula apong di Kampung Tambak . Seramai 89 pengusaha gula apong berjaya menjadikan Pusa sebagai pengeluar gula apong terbesar di Malaysia. 

Pelbagai produk hiliran daripada pokok nipah juga dihasilkan seperti bakul , tikar dan terendak. 

Lokasi ketiga rombongan adalah projek baru tanaman nanas di Sg Teru dibawah IADA seluas 40 hektar bagi fasa pertama dan akan diperluaskan 75 hektar fasa kedua .

Kementerian dan jabatan serta agensi berkenaan akan terus menyalurkan bantuan untuk merancakkan aktiviti pertanian di sini dan seluruh Negeri untuk merealisasi wawasan YAB Ketua Menteri menjadikan Sarawak sebagai pengekspot bersih produk berasaskan pertanian menjelang tahun 2030.

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu