Tahniah! Cabaran Blowpipe Tay Motors Red Riders Berjaya Ditamatkan!


Cabaran tunggangan 'Blowpipe' pada hari terakhir program Jelajah 10 Tahun Tay Motors Red Riders berjaya ditamatkan semalam.

"Tunggangan sejauh 1,300 kilometer bermula dari Tugu Marlin di Kota Kinabalu itu berakhir di check point terakhir di Tugu Kucing yang terletak di Bandaraya Kuching berjaya dilakukan dalam masa 20 jam dan 25 minit di hadapan had masa yang telah ditetapkan iaitu 24 jam, dalam hari yang sama," kata ketua jelajah George Marcella.

Perjalanan bermula seawal jam 3:30 pagi dengan selang masa beberapa minit antara satu sama lain, jelasnya.

"Antara cabaran yang terpaksa ditempuh adalah keadaan jalan yang gelap dari Bandaraya Kota Kinabalu hingga ke checkpoint Imigresen Sindumin.

"Masa banyak dihabiskan di pintu masuk sempadan.

"Ada juga peserta yang terpaksa berpatah balik ke checkpoint imigressen kerana terlupa untuk mendapatkan cop keluar sempadan.

"Di Lawas, sebuah motosikal peserta mengalami masalah panas lampau," tambahnya.

Jelas George, semua peserta konvoi selamat tiba di Bandaraya Miri tanpa sebarang masalah hinggalah tiba di Pekan Niah dimana sebuah lagi motosikal mengalami masalah.

"Berbekalkan sedikit kemahiran dan semangat setia kawan, masalah tersebut berjaya diselesaikan dan perjalanan diteruskan walaupun pada ketika ini, konvoi berada di belakang jadual," ujar George.

Menurut George, cabaran paling getir dihidangkan dari Pekan Selangau ke Bandaraya Sibu.

"Lebih kurang 28 lencongan terpaksa dilalui malahan ada di antara lencongan tersebut dipisahkan hanya pada jarah 200 meter antara satu sama lain," katanya.

Tambah George, di sinilah motosikal hanya dapat ditunggang pada kelajuan dibawah 50 km/j dan menyebabkan konvoi hanya berjaya tiba di Bandaraya Sibu pada jam 6 petang.

"Dengan baki sekitar 6 jam untuk menamatkan perjalanan, ada yang hampir berputus namun atas semangat berpasukan yang kuat serta sokongan moral dari ahli lain, kekuatan mental dapat dikekalkan untuk meneruslan perjalanan.

"Perjalanan dari simpang Betong ke Sri Aman hanya dapat dilakukan pada purata 40-60 km/j sahaja turut menambah tekanan kepada peserta, bimbang tidak dapat menamatkan cabaran 'Blowpipe' ini," jelas George lagi.

Katanya, cabaran ditamatkan di Tugu Kucing dengan ketibaan peserta pertama pada jam 1051 malam dengan masa 19 jam 10 minit manakala peserta terakhir tiba pada jam 1125 malam dengan catatan masa 19 jam 55 minit.

Di sebalik cabaran dan rintangan yang dihadapi, keletihan menunggang sedikit sebanyak hilang apabila peserta disambut oleh rakan-rakan dari komuniti Red Riders, Sarmax dan Borneo Motorcycle Group.


Berikut adalah senarai peserta yang berjaya menamatkan tunggangan 'Blowpipe' kali ini:

1) Apainia @ George Marcella
    Machine: Yamaha Nmax 155
    Category : BR3 (Solo)
    Country : Malaysia
    Date : 03/04/2019
    Direction : KK-KCH
    Start / Stop : 0341HRS/2251HRS

2) Ritchie Tensay
    Yamaha LC135
    Start / Stop : 0348HRS/2310HRS
    Total Time : 19H22M

3) Reynold Ashley Ashlyn
    Yamaha Y15
    Start / Stop : 0335HRS/2314HRS
    Total Time : 19H39M

4) Nio James Rider 
    Honda RS150R
    Start / Stop : 0400HRS/2355HRS
    Total Time : 19H55M

5) AriFin Afvie 
    Yamaha 135LC
    Start / Stop : 0354HRS/2350HRS 
    Total Time : 19H56M

6) Mark Markuez
    Yamaha LC 135
    Start / Stop : 0351HRS/2350HRS
    Total Time : 19H59M

7) Han Cibilon 
    Yamaha LC 135

8) Mackes Michael 
    Yamaha LC 125
    Start / Stop : 0325HRS/2350HRS
    Total Time : 20H25M

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu