Wanita lumpuh rentung
SIBU: Seorang wanita lumpuh rentung manakala ibunya melecur dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan Rumah Chandi, Sungai Tau di Selangau, malam kelmarin (Ahad).
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, mangsa yang dikenali sebagai Riti Jubi, 43, tidak dapat berjalan sejak kecil lagi.
Jimmy berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah timbunan sisa kebakaran setelah api yang memusnahkan 100 peratus rumah panjang 22 pintu itu berjaya dipadamkan.
"Keadaan mayat mangsa hanya tinggal tengkorak dan bahagian tulang belakang serta bahagian perut," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ujar beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, ibu mangsa, Diah Bunyah, 80, yang melecur di bahagian belakang badan dan lengan kiri dihantar ke Klinik Kesihatan Selangau sebelum dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.
SIBU: Seorang wanita lumpuh rentung manakala ibunya melecur dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan Rumah Chandi, Sungai Tau di Selangau, malam kelmarin (Ahad).
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, mangsa yang dikenali sebagai Riti Jubi, 43, tidak dapat berjalan sejak kecil lagi.
Jimmy berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah timbunan sisa kebakaran setelah api yang memusnahkan 100 peratus rumah panjang 22 pintu itu berjaya dipadamkan.
"Keadaan mayat mangsa hanya tinggal tengkorak dan bahagian tulang belakang serta bahagian perut," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ujar beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, ibu mangsa, Diah Bunyah, 80, yang melecur di bahagian belakang badan dan lengan kiri dihantar ke Klinik Kesihatan Selangau sebelum dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut. - UB
Comments
Post a Comment