Warga emas maut diserang buaya di Batang Oya


MUKAH: Seorang warga emas maut dipercayai akibat diserang buaya di Batang Oya, Kampung Bakong di sini, pada Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Seruji Salleh, 72, dikatakan pergi ke sungai untuk mandi kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas membuat kerja di luar rumah.

Bagaimanapun, apabila lelaki tersebut tidak kembali ke rumah sekitar 4 petang, adik mangsa keluar mencarinya di sekitar tebing sungai namun hanya menjumpai baju dan selipar mangsa.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, adik mangsa segera mendapatkan bantuan penduduk kampung untuk mencari warga emas tersebut.

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Roslan Leman yang mengesahkan kes itu ketika dihubungi, berkata mayat mangsa dijumpai penduduk kampung di sungai berhadapan Kampung Terus Oya pada pukul 7.05 malam.

"Mayat dijumpai dalam keadaan tidak lengkap anggota badan apabila kaki kanan telah hilang. 

"Hasil siasatan awal di lokasi kejadian dan maklumat awal dari adik mangsa mendapati mangsa telah pergi ke tebing sungai untuk mandi dan disyaki dibaham binatang buas," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dalat untuk tindakan lanjut.

Kes serangan buaya pernah dilaporkan pada 2016 di lokasi sama melibatkan seorang mangsa warga emas. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu