Datuk Seri Vida Haramkan Cik B Makan Burger Kerana Bahan Pengawet Dalam Makanan Tersebut Membuatkan Kulit Anaknya Jadi Hitam.


Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mendedahkan anaknya, Cik B mempunyai tabiat gemar memakan makanan segera.Menurut Datuk Vida, tabiat tidak elok itu akhirnya membuatkan kulit Cik B atau nama sebenarnya , Nur Edlynn Zamilleen, 14, menjadi gelap kerana bahan pengawet yang terdapat dalam makanan segera itu.

Vida mendedahkan perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.“Cik B dan kacak banyak membesar dengan bibik sampaikan dah besar pun bibik pakaikan baju. Sikat rambut, lap-lap semua. Tapi sekarang dah okay sikit, tu la jika Cik B pandai apa sikit mama excited lebih.

“Cik B mama lahirkan puteh gebu… Montel… Rambut kerinting. Comel tapi Cik B jadi GEMOK sebab tiap malam c bibik dulu benarkan Cik B makan burger banyak sangat.“Tiap malam burger-burger, mama tak tahu hingga habit Cik B nak makan burger je. Affect dia Cik B jadi *MOQ.

“Dah tahu tu punca dia mama dah haramkan Cik B makan burger… Pengawit dalam burger tu buat kulit Cik B jadi hitam.“Sementelah Cik B mudah alergic kat ubat antibiotik, telinga dan bibir jadi tebal. Tapi antibodi Cik B kuat.“Alhamdulillahhh, seingat mama CIk B tak pernah demam, jarang kalau demam q hari tido pastu ok macam Mama.

“Mama selalu busy pergi sini sana kerja. Tak habis sejak dulu terutama bila mama selalu keluar TV taja tu taja ni.“Sekarang mama nak banyakkan habis kan dengan Cik B nak groomkan Cik B jadi Usahawan dari kecil mama pun niaga dari kecil. Modal sen-sen dulu,” kongsinya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya kagum dengan cara Vida mendidik anaknya walaupun sentiasa sibuk bekerja.
“You have such a beautiful heart @datoserivida. Cik B and Kacak must be proud to have you as their mom. Happy Mother’s Day @datoserivida,” komen @aynulmardieya97“Tak tahu nak royak gano, tapi saya nampok sungguhnya dato cuba nak senangkan anak-anak dato (dale sudut positif). And saya terharu and admire sangat hubungan dato ngan anak-anak,” tulis @rraaff.ii

Rahsia Datuk Vida bina empayar perniagaan
KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Vida, memiliki ketokohan dan sisi berbeza dalam bidang keusahawanan berikutan kebijaksanaannya menyusun strategi pemasaran serta penjenamaan melangkaui masa depan.

Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu tidak kering idea mencipta identiti dan imej tersendiri untuk memacu dirinya sebagai ahli perniagaan berjaya dalam bidang kecantikan selepas merentasi pelbagai cabaran serta kepahitan.Bekas guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah Cina itu menggunakan pelbagai strategi berbeza, terbaru klip video lagu I Am Me nyanyiannya yang ditonton lebih 3.2 juta di seluruh dunia, bagi mengukuhkan namanya sebagai usahawan kosmetik paling popular.

Beliau selayaknya digelar ikon bidang perniagaan kosmetik. Mempunyai pakej lengkap, personaliti dan ketokohannya yang tidak pernah putus asa, sentiasa tampil unik, pemikir, yakin, idealis dan berani menjadi resipi kejayaan seharusnya dijadikan inspirasi pada wanita lain.

Vida berkata, beliau tidak pernah berhenti berfikir, sentiasa menampilkan konsep dan idea baharu untuk membina jenama besar yang memberi impak serta dicontohi masyarakat.”Popular juga penting untuk mengembangkan dan meluaskan empayar perniagaan dan untuk saham

akhirat kerana dapat membuat kerja kebajikan.”Kita perlu berani mengambil risiko, tidak malu dan usaha keras untuk meraih populariti menjadi ‘senjata’ untuk bertarung dalam menerajui landskap perniagaan kosmetik,” katanya kepada BH.DATUK Seri Vida – Foto Nurul Shafina Jemenon

Strategi perniagaan
Ikon Usahawan Wanita 2015 ini mengakui pelanggan produk kecantikannya juga antara tunggak utama kejayaan jenamanya, selain modul dan strategi perniagaan yang berkesan sehingga mampu memaut perhatian jutaan masyarakat dari seluruh dunia.

Keupayaan menarik perhatian umum memudahkan beliau menjual apa saja produk sama ada secara fizikal atau di laman sosial yang diikuti lebih 1.4 juta pengikut.”Sejak kecil hingga sekarang saya diduga dengan pelbagai cabaran. Ayah, Othman Abdullah, meninggal dunia ketika saya berusia sembilan tahun dan kami sekeluarga hilang tempat bergantung.

“Hidup kami susah selepas kematian ayah. Saya mula berniaga sejak kecil. Apa saja yang boleh jana pendapatan, saya akan buat. Saya pernah jual nasi lemak orang dengan untung kecil, jual telekung, kain batik, baju dan macam-macam barangan Kelantan, selain bekerja kilang pada cuti semester.”Paling tidak dilupakan ibu terpaksa menjual sebidang tanah untuk menampung kos perbelanjaan saya di Universiti Sains Malaysia,” katanya.

Wanita kental
Ketika memulakan perniagaan kosmetiknya, beliau juga berhadapan banyak cabaran termasuk pernah kerugian beratus ribu ringgit sebelum bangkit dengan menukar strategi perniagaan.Kini produk Vida Beauty Cosmetics, DSV Gold and Jewelry, Millenia Qu Puteh, Pamoga Vida Beauty, Qu Puteh Beauty dan DSV Sorga Tudung, sudah kukuh.

Sebelum mencipta kekayaan dan fenomena banyak titisan air mata yang tumpah termasuk diduga menerima kehilangan dua anak lelaki, Eddie Zuhdi dan Edrie Zikrie, yang meninggal dunia kerana terperangkap dalam kebakaran di rumah pada 5 Ogos 2013.Masyarakat juga tidak henti bercakap mengenainya sama ada kisah peribadi seperti tiga kali bercerai selain dikritik, dikeji, gila glamor dan pelbagai lagi, beliau terus positif serta berjiwa kental.

“Saya bersyukur kerana tetap menjadi diri saya dan melalui semua dugaan dengan tabah. Tuhan pula sentiasa kurniakan apa yang saya mahu dan jadikan ia satu kejayaan,” katanya.Kini, beliau mahu fokus merealisasikan banyak lagi agenda dalam perniagaan, membuat amal kebajikan dan melatih dua lagi anaknya,

Nur Edlynn Zamilleen, 12, dan Eric Zacquan, 8, untuk meneraju empayar perniagaan pada masa depan.Walaupun mempunyai pembantu peribadi, beliau masih bekerja keras melakukan ceramah kecantikan, menyelia aliran stok, bertemu stokis, mendengar masalah mereka, mengawal penyata kewangan, menghadiri mesyuarat dan menyelia operasi syarikat.

Datuk Vida balas kritikan netizen mengenai Cik B selekeh
ANAK perempuan usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B baru-baru ini telah dikritik netizen kerana berpenampilan selekeh dan berbaju sendat.Cik B dikritik netizen dari sebuah video yang dimuat naik oleh pelakon Nora Danish ke Instagram.Video tersebut menunjukan Datuk Vida dan anaknya serta beberapa artis termasuk Nora Danish sedang menari lagu raya yang dinyanyikan Vida iaitu Lavida Raya.

Ia merupakan rakaman Hari Raya dari sebuah program TV.Rata-rata mengkritik penampilan Cik B yang selekeh dan berpakaian sendat.Vida tidak mendiamkan diri, dia yang menyedari mengenai komen tersebut membalas menerusi satu entrinya di IG.

Berikut merupakan luahan Vida;
“Semalam Rakaman POP TV RAYA..”Sebab tu Cik B tak suka kluar TV…”Tu pun puas pujuk..”Terus kena..”Cik B pakai Baju 2 lapis,” tulisnya.Enrti tersebut juga mendapat perhatian Nora Danish yang meninggalkan komen seperti berikut:”Haih, Cik B itu still a kid…leave her alone please. Don’t worry Cik B sayang, look how banyak your supporters. We love you.”Think positive and ignore the bawang family. Enjoy your childhood,” tulisnya. - EMT

Sumber: berita harian
Foto: Instagram @datoserivida

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

China Didakwa Memandulkan Etnik Uighur Secara Paksa

Sarawak miliki lima elemen maju dalam revolusi digital