Lelaki bergayut enam jam di Menara Eiffel ditahan


PARIS: Seorang lelaki yang mencetuskan kegemparan di Menara Eiffel, ditahan selepas bergayut di mercu tanda Paris itu selama lebih enam jam.

Syarikat bertanggungjawab mengendalikan operasi menara terbabit dalam satu kenyataan berkata, pasukan kecemasan yang dikerahkan ke menara itu bagi menurunkan lelaki berkenaan sebelum Eiffel dibuka kepada pelancong awal, hari ini.

Menurut kenyataan itu, anggota bomba menggunakan tali untuk turun dari dek peninjau di tingkat tiga sebelum menghampiri lelaki berkenaan dan memujuknya untuk turun.

“Dia kini berada dalam tahanan,” kata seorang pegawai polis.

Prosedur kecemasan diaktifkan sebaik lelaki terbabit memanjat menara itu tanpa kebenaran, sekali gus memaksa orang ramai dibawa keluar dari monumen ikonik itu termasuk dari bahagian bawah dan sebahagian besar kawasan yang bersambung dengan taman Champ de Mars, tengah hari semalam.

Penutupan mengejut lokasi tarikan pelancong terbesar Paris itu menyebabkan semua pengunjung yang merancang menaiki menara setinggi 324 meter berkenaan berasa kecewa.

“Kami amat kecewa. Kami berada di sini hanya untuk seminggu dan perkara ini merosakkan keseluruhan perancangan,” kata Sylvie dan Celine Forcier dari Quebec.

Justin dan Karan Smith dari Los Angeles pula berkata, mereka berharap dapat naik ke tingkat tertinggi Eiffel Tower selepas meraikan perkahwinan sehari lebih awal di hadapan monumen berkenaan.

“Kami amat kecewa,” kata Justin.

Terdahulu polis memberitahu, motif lelaki berkenaan memanjat menara itu masih belum diketahui. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

China Didakwa Memandulkan Etnik Uighur Secara Paksa

Sarawak miliki lima elemen maju dalam revolusi digital