Dana pembinaan masjid dan surau ditarik balik, kerajaan negeri selamatkan keadaan


KUCHING: Dana daripada kerajaan persekutuan terdahulu yang telah diluluskan bagi projek pembinaan tujuh buah masjid dan surau di kawasan Parlimen Santubong telah ditarik balik selepas kerajaan persekutuan terbaru memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

Menurut Utusan Borneo, Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan sumber kewangan untuk membina masjid dan surau telah 'hilang dan pupus' menyebabkan Parlimen tiada pilihan lain selain meminta campur tangan kerajaan negeri.

"Masalah peruntukan dana tersebut telah berjaya diselesaikan dengan sokongan dan bantuan daripada kerajaan Negeri Sarawak," kata beliau.

"Syukur kerana Kerajaan Sarawak menerusi Tabung Baitulmal Sarawak dan Majlis Islam Sarawak  (MIS) meluluskan peruntukan kewangan yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Justeru, saya jamin projek enam masjid dan surau ini akan dilaksanakan dengan segera dan tender akan dikeluarkan dalam tahun ini," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Is Project 1408 the 2017 Ducati 1299 Superleggera?