Kini boleh beli Volkswagen di Shopee

vw-681x358
KUALA LUMPUR- Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan kedai rasmi dalam talian di platform beli-belah Shopee.

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, penggunaan platform Shopee adalah langkah jenama terkenal itu untuk mengoptimumkan perkhidmatan berasaskan aplikasi digital di samping menawarkan keselesaan dan harga terbaik kepada pelanggan.

“Kami telah berjaya dalam inisiatif digital dan e-dagang maka kerjasama dengan Shopee adalah satu langkah wajar kepada kami.

“Kerjasama ini akan meluaskan lagi kepakaran digital di samping menjadi wadah untuk berhubung dengan para pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Kedai Volkswgen di Shopee akan menampilkan kesemua model jenama kereta tersebut di samping memberikan alternatif kepada pelanggan.- MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

China Didakwa Memandulkan Etnik Uighur Secara Paksa

Sarawak miliki lima elemen maju dalam revolusi digital