COVID-19: Kes positif di Filipina lepasi 50,000

 Orang ramai beratur untuk menaiki bas di stesen kereta api di Manila selepas pihak berkuasa menggantung operasi satu laluan tren selepas kakitangan disahkan positif COVID-19. - Foto AFP

MANILA: Jumlah kes positif COVID-19 di Filipina melonjak kepada 50,359 selepas Jabatan Kesihatan (DOH) negara itu melaporkan 2,539 kes baharu pada Rabu, jumlah harian yang direkodkan paling tinggi setakat ini.

Menurut DOH, jumlah kes sembuh meningkat kepada 12,588 selepas 202 lagi pesakit disahkan pulih.

Jumlah kematian juga meningkat kepada 1,314 kes selepas lima lagi pesakit maut akibat wabak itu.

DOH turut melaporkan 1,066 kes baharu di Metro Manila, manakala 443 kes di wilayah Central Visayas dan 1,030 kes lagi di bahagian lain negara itu.

Setiausaha Kesihatan, Maria Rosario Vergeire, berkata lonjakan jumlah kes disumbangkan daripada peningkatan ujian sairngan COVID-19 dan penyebaran dalam komuniti selepas melonggarkan sekatan kuarantin. - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

China Didakwa Memandulkan Etnik Uighur Secara Paksa

Sarawak miliki lima elemen maju dalam revolusi digital