Harga Minyak Sawit Dijangka Meningkat Tahun Depan


KUCHING: Dengan jangkaan keperluan minyak sawit yang tinggi di beberapa negara ASEAN pada awal tahun depan, ia menjadi faktor kemungkinan harga minyak berkenaan me-ningkat.

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata, setakat ini Malaysia merupakan antara yang terendah harga minyak sawitnya dan diramalkan ia tidak akan menyusut daripada kadar berkenaan.

“Pada ketika ini, kita adalah antara yang terendah dari segi harga minyak sawit dan ia tidak boleh rendah lagi daripada itu.

“Selain itu berdasarkan unjuran kita awal tahun depan, negara-negara ASEAN memerlukan minyak dan diramalkan negara Kesatuan Eropah (EU) juga akan me-ningkatkan import minyak sawit mulai tahun depan.

“Maka kita meramalkan harga minyak komoditi ber-kenaan akan meningkat pada awal tahun 2019,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak (DOPPA) yang dihadiri Presidennya Dr Richard Mani di pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Wilayah Sarawak di sini, semalam.

Tambahan kata Kok, pada Disember depan kebanyakan negara seperti China, Jepun serta EU berada dalam musim sejuk dan dalam tempoh itu aktiviti import minyak sawit berkurangan.

Namun katanya, bermula awal tahun depan, aktiviti import akan bermula dan ia diramal positif.

Beliau berkata negara pengimport utama minyak sawit Malaysia adalah India, diikuti EU dan ketiga China.

Mengulas lanjut beliau berkata, harga minyak sawit negara pada ketika ini masih berada pada tahap rendah disebabkan situasi ekonomi dunia yang perlahan.

“Dalam sektor minyak, kita tidak hanya menghadapi masalah bagi minyak sawit tetapi minyak kacang soya.

“Semua maklum bahawa minyak sawit adalah komoditi dan komoditi boleh terjejas akibat harga pasaran dunia, khasnya bergantung kepada situasi permintaan dan bekalan,” tegasnya

Sementara itu Richard berkata, antara isu utama dialami penanam sawit ter-utama Dayak adalah penurunan harga komoditi itu.

Beliau tidak menafikan dengan penurunan harga minyak sawit ia menyebabkan ramai kalangan pe-nanam membiarkan tanaman mereka.

“Maka itu kita amat memerlukan perhatian daripada Kementerian Industri Utama dan kita sebenarnya telah memohon subsidi sama ada berbentuk baja atau sebagainya, selain itu kita juga mahu usaha membantu kita memasarkan minyak sawit,” katanya. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu