Kini Chong, Ahli Parlimen PH Lain Diam Seperti Tikus — Bidas Lo Khere Chiang


KUCHING: “Dia, Chong dan seluruh anggota Parlimen PH Sarawak kini diam seperti ‘tikus’.

“Lihat prestasi dia dalam enam bulan ini… dia tidak berani mengatakan apa-apa terhadap tuan Malayanya,” sindir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang.

Lo membidas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berdasarkan tuduhan Ahli Parlimen Stampin itu sebelum ini mendakwa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hanya mahu parti berasal dari Sarawak memerintah…

Mengulas isu tersebut, Lo menjawab bahawa Sarawak bukan sahaja mempunyai 100 peratus parti pemerintah tempatan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS), tetapi juga parti pembangkang berasaskan Sarawak untuk menyemak ketelusan dan tadbir urus yang adil.

Lo menyokong penuh dengan pendirian bahawa “hanya parti berasal dari Sarawak dan parti pembangkang Sarawak yang boleh menjaga negeri ini”.

Bagaimanapun, Lo mempertikaikan pembangkang DUN Sarawak, setelah terbukti terdapat banyak “pusingan U” pada janji dan agenda PH Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Antara termuat dalam manifesto PH Sarawak tersebut ialah menjanjikan royalti 20 peratus minyak dan gas serta mengembalikan 50 peratus cukai yang dikutip untuk Sarawak.

Turut dijanjikan ialah mengembalikan autonomi pendidikan dan kesihatan kepada Sarawak serta memulangkan status Wilayah sama rata kepada Sarawak dan Sabah serta Semenanjung yang sama-sama membentuk Malaysia.

Lo “melempar” lagi dakwaannya mengatakan, Perdana Menteri juga mengumumkan dividen RM30 bilion daripada Petronas, tetapi Sarawak sekali lagi ditinggalkan.

“Untuk menambah garam kepada luka, perdana menteri menyatakan bahawa Petronas tidak merasakan secubit dengan dividen RM30 bilion yang dikeluarkan!” terkam Lo.

“Bagi mereka RM30 bilion adalah apa-apa. Jadi, saya ingin bertanya mengapa kita tidak pernah mendapat dividen khas apabila 30 peratus daripada keuntungan negara dari petroeum datang dari Sarawak?” jerkahnya.

Lo menambah, Tanah Melayu mengambil masa 33 tahun untuk membebaskan RM30 bilion royalti terkumpul dari petroleum ke Sarawak, tetapi ia mengambil masa satu transaksi tunggal untuk mengagihkan RM30 bilion ke Tanah Melayu.

Persoal Lo lagi, sekiranya PH benar-benar adil dan telus kerana mereka menyokong, “segala yang Malaya dapat, kita di Sabah dan Sarawak juga perlu mendapat perkara yang serupa.”

“Selepas semua janji PH dibuat sebelum pilihan raya, kita masih mendapat lima peratus atau RM15 bilion setahun. Di manakah janji-janji status dan kesaksamaan yang sama dijanjikan kepada Sarawak dan Sabah?” tanyanya lagi.

Lo mengambil contoh bagaimana “kesusahan” dihadapi Ketua PKR Sarawak Baru Bian baru-baru ini — menyifatkan ia contoh jelas bagaimana Semenanjung melayan rakyat Sarawak.

Bagi Lo contoh klasik ini jelas menunjukkan Sarawak memerlukan parti berasaskan Sarawak untuk memahami dan menjaga rakyat Sarawak.

Bagi Lo, selepas Chong dijadikan Timbalan Menteri, beliau membantu “tuan Malaya”nya, bukan berjuang untuk hak Sarawak sebaliknya melupakan akar umbinya dengan membiarkan Sarawak terus dilayan seperti anak tiri. –Sarawakvoice

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas