Pengundi Marah, Chong Hanya Mampu Tabur Janji Palsu
BIARPUN sudah tujuh bulan sudah Pakatan Harapan (PH) memegang tampuk pemerintahan negara namun tiada pun satu janji mereka telah mereka kotakan.
Mungkin PH tidak diberkatiNya kerana telah memenangi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu menerusi pembohongan dan pemalsuan.
Rakyat, khususnya di Sarawak telah mulai sedar akan permainan PH dan contoh mudahnya adalah nasib yang menimpa Pengerusi DAP Negeri, Chong Chieng Jen, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) sendiri.
Chong, yang dahulunya paling lantang menebar pelbagai tuduhan ke atas Barisan Nasional (BN) Sarawak [kini Gabungan Parti Sarawak (GPS)] sebaliknya kini menjadi sasaran kecaman, cacian serta maki hamun dari netizen hampir setiap hari.
Beliau, sejak kebelakangan ini kerap mengadakan sidang media bagi menarik perhatian masyarakat, mungkin untuk menunjukkan dirinya masih relevan.
Chong juga dilihat lebih banyak mengganggu skop tugas kementerian yang lain dengan masuk campur dalam semua perkara terutamanya berkaitan Kementerian Kerja Raya berbanding menguruskan hal ehwal di kementeriannya sendiri.
Tular kini di media sosial adalah satu rakaman video lama yang dipercayai telah digunakan oleh Chong semasa berkempen pada PRU-14 sebelum ini.
Rata-rata komen dari netizen mahukan Chong mengkotakan janjinya dna tidak kurang juga yang yang melabelkannya sebagai seorang penipu yang hanya menabur janji manis semata-mata untuk memenangi pilihanraya.
"Mana janji harga barang turun?
"Mana janji kos sara hidup rendah?
"Mana janji pilihanraya kamu?
"Chong ada buat kerjakah?
"Chong ada buat kerjakah?
"Mana royalti minyak 20%?
Ini adalah antara komen-komen netizen pada setiap share dan posting video tersebut oleh kebanyakan pengguna muka buku.
Chong mungkin popular sebagai seorang pemimpin yang lantang sebelum ini namun, dia kini semakin popular dengan label 'pemimpin omong kosong'.
Kelemahan Chong semakin jelas kerana beliau kini kerap menyalahkan pemimpin lain untuk mengalih perhatian masyarakat agar dapat menyembunyikan kelemahan dan kegagalan dirinya dalam melaksanakan tugas hakiki.
Tiba masanya untuk Chong dan pemimpin PH lain untuk menjalankan tugas sebagai menteri kerajaan, buang sikap pembangkang dan berkhidmatlah untuk masyarakat.
Kotakan janji pilihanraya kamu!
Comments
Post a Comment