Alhamdulillah, Adik Zharif Selamat Ditemui


KUCHING: Tular di media sosial sekitar jam 2:30 tengah hari tadi sekeping gambar beserta laporan polis tentang kehilangan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika balik dari sekolah.

Zharif ditemui oleh Encik Azmin dan isterinya berjalan seorang diri di Jalan Keretapi, berhampiran lampu isyarat pusat membeli belah AEON Mall.

"Saya dapat mengecam muka Zharif setelah melihat gambarnya yang tular di media sosial.

"Ada satu kumpulan whatsapp yang menyebarkan gambar yang baik memudahkan saya untuk mengecamnya," tambah Azmin.

Sebaik tiba di lampu isyarat bersebelahan AEON Mall, saya melihat Zharif cuba untuk melintas lampu isyarat tersebut lalu memberhentikan kenderaan dan bertanyakan namanya, tambahnya.

"Setelah mengesahkan namanya, saya terus menghubungi nombor yang tular bersama laporan kehilangannya tengah hari tadi," ujarnya.

Setelah berhubung dengan bapa Zharif, Encik Shahrul Nizam Yusop yang ketika itu berada di sekitar Dewan Suarah Kuching, mereka terus mengatur pertemuan di Balai Polis Sungai Maong untuk urusan seterusnya.

Zharif ketika ditanya hanya menjawab, saya hanya mahu berjalan.

Kedua ibu bapa Zharif melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas penemuan tersebut dan berharap agar masyarakat kita akan lebih perihatin supaya masyarakat kita dapat hidup dalam keadaan penuh kasih sayang dan saling hormat menghormati. - Cucu Abang Godam



Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu