Cadangan bina Pusat Kanak-Kanak Berkeperluan Khas


KUCHING: Sebuah Pusat Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dicadang dibina di negeri ini dengan kos bernilai RM4 juta melalui projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) Petronas.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya akan membuat kajian dan menentukan konsep yang harus digunakan pusat terbabit berdasarkan kos diberi Petronas.

“Kita bakal membina Pusat Kanak-Kanak Ber-keperluan Khas iaitu projek CSR Petronas dengan kos RM4 juta dan sasaran kita pusat ini dapat menyediakan khidmat dalam ta-hun ini.

“Kami (kementerian) sedang menyediakan kertas cadangan projek yang akan dibentangkan kepada Pe-tronas dan berharap dapat menyediakan kertas cadangan dalam tempoh yang ditetapkan Petronas iaitu penghujung April.

“Berdasarkan keperluan di Sarawak serta kos yang diperuntukkan itu kita mungkin menumpukan kepada pemulihan untuk dua kategori keperluan khas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tahunan Majlis Pembangunan Awal Kanak-Kanak Sarawak (MPAKS) di pejabatnya di sini, semalam.

Fatimah memberitahu, pusat kanak-kanak terbabit akan menyediakan perkhidmatan yang holistik, intensif serta khusus.

“Sekurang-kurangnya perkhidmatan disediakan termasuk melengkapkan seorang doktor untuk menjalankan diagnosis bagi memudahkan ibu bapa yang menghantar anak mendapat-kan rawatan dengan betul selain intervensi lebih awal,” katanya.

Fatimah berkata, pusat kanak-kanak terbabit dibina di Kuching, namun pihaknya kini masih meneliti tapak yang sesuai untuk pembinaan.

Selain itu katanya yang juga Pengerusi MPAKS, sekolah rendah bagi kanak-kanak khas di negeri ini akan tetap dibina.

Beliau memberitahu, pihaknya diberi tempoh tiga bulan untuk menyediakan kertas cadangan berkaitan dengan sekolah rendah kanak-kanak khas.

Bagaimanapun katanya, untuk membina sekolah ter-babit pihak kementerian perlu melihat senario pelajar bagi kanak-kanak berkeperluan khas, selain jurang pelajar di Sarawak.

“Kita tidak mahu per-tindihan berlaku, kita mahu menentukan sekolah rendah bagi kanak-kanak khas ini menjadi sekolah contoh bukan sahaja di Sarawak tetapi di rantau ini.

“Kita akan melihat kemudahan yang telah disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pejabat Pendidikan Negeri, dan berdasarkan itu nanti kita menyediakan kertas cadangan.

“Yang Amat Berhormat (Ketua Menteri) telah memberitahu bahawa kita bermula dari Kuching dahulu dan hasil kajian nanti kita mungkin akan memperluaskannya ke bahagian lain,” katanya sambil memberitahu konsep bagi sekolah terbabit turut di-bincangkan pada mesyuarat berkenaan.

Hadir sama sidang media, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus serta Setiausaha Tetap Kementerian Dr Saadiah Abdul Samat. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?