Lelaki pecahkan cermin kereta dengan topi keledar ditahan


SERDANG: Lelaki yang diburu polis selepas rakaman video menunjukkannya memecahkan cermin hadapan sebuah kereta dengan topi keledar tersebar di media sosial, ditahan jam 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Asmadi Borhan, berkata suspek berusia 30-an yang bekerja sebagai pembantu stor kilang di Balakong, ditahan di tempat kerjanya oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Polis turut merampas sebuah motosikal dan topi keledar yang dipercayai digunakan ketika kejadian bagi membantu siasatan.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

“Siasatan lanjut mengenai kes ini masih sedang diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, video menunjukkan lelaki terbabit memecahkan cermin hadapan sebuah Perodua Axia dipandu seorang pembantu kedai kek berusia 22 tahun tersebar di media sosial.

Kejadian dikatakan berlaku akibat rasa tidak puas hati lelaki itu selepas wanita berkenaan membunyikan hon kepada suspek dan seorang lagi penunggang motosikal.

Kejadian berlaku pada 28 Mei lalu di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan. - BHOnline

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas