Tumpu kawasan kerap kemalangan


KUCHING: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak akan mengadakan operasi khas dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada semua kawasan kerap kemalangan di seluruh negeri.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sarawak SAC Datuk Muhammed Hasbullah Ai berkata, sebanyak 58 kawasan kerap kemalangan telah dikenal pasti, antaranya kawasan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dari Sibu ke Bintulu.

Menurutnya, operasi berteraskan ‘Total Enforcement’ akan dilaksanakan agar matlamat meminimumkan kadar kemalangan jalan raya sepanjang Ops Selamat 15 sempena perayaan Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri dapat dicapai.

“Tumpuan operasi sepanjang Ops Selamat 15 adalah di 58 kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap kemalangan (blackspot area) iaitu 39 jalan persekutuan dan 19 jalan negeri,” ujarnya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Ops Selamat 15 di Kubah Ria di sini, semalam.

Antara 58 kawasan tersebut ialah tiga di Kuching iaitu Jalan Tun Jugah, Jalan Setia Raja dan Jalan Stutong, manakala Jalan Batu 7 hingga Batu 24 Jalan Kuching-Serian dan Jalan Matang di kawasan Padawan.

Turut disenaraikan sebagai kawasan kerap kemalangan ialah Jalan Bau-Serikin, Kilometer (KM) 17 Jalan Bau-Kuching, KM28-35 Jalan Lundu-Bau, KM60-66 Jalan Sri Aman-Kuching, KM47-59 Jalan Sri Aman-Sarikei, KM33-45 Jalan Sri Aman-Sarikei, KM7-8 Jalan Lubok Antu-Sri Aman, Jalan Betong-Sarikei, Jalan Beladin-Triso Meludam, Jalan Tanjung Genting (Meradong), KM5 Jalan Pakan, Simpang Bunga Raya dan bulatan di Kanowit, Jalan Tunku Abd Rahman dan Jalan Paradom di Sibu, KM24-33, KM62-86, KM102-117 dan KM43-58 Jalan Sibu-Bintulu dan KM4 Jalan Oya-Dalat.

Selain itu, Jalan Oya-Senau-Igan, KM10, KM4-6 Jalan Daro-Matu, Jalan Bukit Goram dan Jalan Selirik (Kapit), Jalan Bintulu-Bakun, Jalan Bintulu-Miri, Jalan Bintulu-Tanjung Kidurong, Jalan Bintulu-Tatau, KM90 Jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu, Miri By Pass, Kuala Baram By Pass, Jalan Beluru-Lapok, KM23-28 Jalan Mendamit-Limbang, KM10-25 Jalan Lawas-Merapok dan KM8-15 Jalan Lawas-Trusan.

Di Kota Samarahan, KM1-20 Jalan Datuk Mohd Musa dan Batu 8-9 Jalan Kuching-Serian, manakala di Serian KM29-44 dan KM47-55 Jalan Kuching-Serian serta KM101-115 Jalan Kuching-Sri Aman dan KM13-15 Jalan Kuching-Bukit Punda di Simunjan.

Justeru, Hasbullah menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mempraktikkan kaedah pemanduan berhemah dan bertanggungjawab serta sentiasa berhati-hati ketika memandu.

“Bagi tahun lepas, jumlah keseluruhan kes kemalangan termasuk kes kemalangan rosak, ringan, parah dan maut semasa Ops Selamat menurun 12 kes kepada 680 kes berbanding 2017 yang mencatatkan 692 kes,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar memastikan segala langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan kediaman masing-masing.

“Sementara itu, orang ramai boleh menyalurkan maklumat balik kampung, aduan, serta info jenayah melalui aplikasi Volunteer Smartphone Petrol (VSP) dan mengisi borang maklumat balik kampung yang boleh dimuat turun secara rasmi daripada portal rasmi Polis Diraja Malaysia atau boleh mendapatkannya dari balai-balai polis berhampiran,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua JSPT Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Khirudin Drahman. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas