Sekolah usang: Sarawak terima cadangan bayaran pendahuluan RM1 bilion


KUCHING: Kerajaan Sarawak menerima cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung bayaran pendahuluan RM1 bilion kepada kerajaan persekutuan untuk membaiki sekolah usang di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin berkata, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik telah membangkitkan perkara itu semasa mesyuarat mereka di Kuala Lumpur minggu lepas.

Sebelum ini katanya, Maszlee dan ketua setiausaha KPM telah datang untuk bertemu dengan Ketua Menteri pada 24 April dengan cadangan baharu  selepas Kerajaan Sarawak tidak setuju dengan cadangan yang terdahulu.

Selepas mesyuarat Maszlee dengan Ketua Menteri, beliau memberitahu bahawa Kementerian Kewangan  telah menulis kepada Kerajaan Sarawak bahawa RM1 bilion itu harus dibayar sebagai bayaran pendahuluan dan wang itu perlu dimasukkan ke dalam dana yang disatukan.

Menurut Manyin, sebaik sahaja wang itu dimasukkan ke dalam dana yang disatukan bagi membolehkan ia digunakan, wang itu akan disalurkan ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan dari EPU ke Parlimen untuk ditentukan bagaimana ia digunakan.

“Tetapi Kerajaan Sarawak tidak bersetuju dengan cadangan itu. Kemudian, Maszlee dan ketua setiausaha KPM datang berjumpa dengan Ketua Menteri dan mencadangkan bahawa RM1 bilion harus diletakkan dalam undi khas.

“Dan undi khas itu akan dipantau oleh sebuah jawatankuasa yang harus terdiri daripada pegawai daripada Kementerian Kewangan, KPM dan Kerajaan Sarawak.

“Itulah cadangan mereka dan Ketua Menteri menerima cadangan itu. Jadi, kita masih menunggu jawapan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Memperkasakan Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Rendah Negeri Sarawak di sini, semalam.

Manyin berkata, Maszlee ada bertanya kepadanya di mana jawapan daripada Kerajaan Sarawak semasa mesyuarat minggu lepas dan beliau memaklumkan jawapan itu telah diberikan sebelum ini.

“Ada seolah-olah sedikit salah faham di sini, namun kita telah menjawab kepada mereka bahawa kita telah menerima cadangan mereka. Saya faks jawapan itu kepada mereka dan kita harap selepas ini, mereka akan mengambil tindakan.

“Menurut cadangan KPM, hanya RM300 juta akan dikeluarkan kepada kita tahun ini dan tahun depan, dan seterusnya RM300 juta lagi pada tahun setersunya sehingga kita mencapai RM1 bilion.

“Jadi kita harap kita akan mendapat jawapan yang baik selepas ini,” ujarnya.

Manyin bagaimanapun berkata, tujuan utama beliau berjumpa dengan Menteri Pendidikan adalah untuk membincangkan mengenai penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik untuk murid-murid tahun satu bermula tahun depan.

Katanya, KPM menyokong program itu di Sarawak.

Beliau berkata, pengajaran mata pelajaran Matematik  dan Sains dalam bahasa Inggeris telah ditawarkan kepada Sarawak oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ketua Menteri menyahut cabaran. Perdana Menteri telah menawarkan kepadanya dan Ketua Menteri menjawab ya, kita ambil cabaran itu,” katanya. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Is Project 1408 the 2017 Ducati 1299 Superleggera?