7,318 Akan Terima Sumbangan Tahun Baharu Cina
SARIKEI: Sejumlah 7,318 orang yang bakal menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini di seluruh negeri Sarawak akan menerima sumbangan Tahun Baharu Cina (TBC) daripada Kerajaan Sarawak.
Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, bantuan yang disalurkan tersebut adalah untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan sempena menyambut TBC sehinggalah perayaan ini diraikan nanti.
"Daripada jumlah tersebut, seramai 385 orang atau 14.76 peratus penerima bantuan adalah dari bahagian Sarikei, Kuching 2,669 orang, Samarahan 218 orang, Serian 339 orang, Sri Aman 339 orang, Betong 161 orang, Sibu 1,949 orang, Mukah 172 orang, Kapit 52 orang, Bintulu 252 orang, Miri 680 orang dan Limbang 177 orang.
"Bantuan ini akan diserahkan kepada para penerima dari semasa ke semasa dan pada tahun ini Sarikei telah dipilih sebagai lokasi pertama pengagihan bantuan ini," jelasnya.
"Selepas ini, program ini akan diteruskan ke bahagian Serian dan bahagian-bahagian.
"Jika dikira daripada jumlah kos bantuan bukanlah pengukur dalam aspek mencukupi tetapi yang lebih penting kepedulian kerajaan negeri di bawah Kementerian Kebajikan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) bersama meraikan para penerima bantuan dan sedikit sebanyak meringankan beban pada musim perayaan," tambahnya.
Harden berkata demikian pada Majlis Sejambak Kasih TBC anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei di Pusat Inovasi Sarikei (SIC) semalam.
Pada majlis ini 120 penerima bantuan bulanan kebajikan telah menerima sumbangan berupa wang tunai RM100 dan hamper bernilai RM50 daripada JKMS.
Menurutnya, sepanjang tahun lepas JKMS telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM183,989,980 untuk 56,984 penerima bantuan bulanan di seluruh negeri.
Katanya, pecahan golongan penerima itu merangkumi beberapa skim bantuan seperti Bantuan Orang Tua (BOT), Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Am, Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan Penjaga Orang Kurang Upaya (OKU)/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Anak Pelihara (BAP).
"Bagi bahagian Sarikei sahaja, pada tahun lepas Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM8,329,920 untuk 2,676 penerima bantuan bulanan.
"Kita harus bersyukur kerana mempunyai pemimpin dan kerajaan yang begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi masyarakat pada masa kini.
"Namun begitu, khususnya perkara yang berkaitan dengan perihal kebajikan, kita tidak mahu masyarakat menganggapnya sebagai tanggungjawab kepada satu pihak sahaja.
"Masyarakat harus sedar bahawa setiap perkara yang berkaitan dengan kebajikan adalah tanggungjawab bersama.
"Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, perkara ini akan mampu diatasi hingga ke peringkat terbaik," kata Harden.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii dalam ucapan alu-aluannya pula berkata, program seumpama itu bukan sahaja dapat membantu golongan yang miskin dalam mengurangkan beban kehidupan, tetapi ia turut menjadi platform untuk menggerak atau memeriahkan lagi suasana sambutan TBC di peringkat komuniti.
"Melalui penganjuran majlis ini telah terbukti bahawa Kerajaan Sarawak tidak pernah mengabaikan dan mengetepikan golongan yang tidak berkemampuan dan kurang bernasib baik supaya mereka juga dapat meraikan perayaan TBC dengan gembira.
"Suasana sambutan perayaan seumpama ini bukanlah suatu perkara yang asing bagi rakyat Sarawak tetapi ia turut menggambarkan bahawa rakyat kita di sini hidup dengan penuh budaya kekitaan dan saling hormat menghormati," tegas Huang.
Turut hadir pada majlis ini ialah Residen Bahagian Sarikei Felicia Tan Ya Hua, Ketua Cawangan Bantuan Kesejahteraan Sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Abu Bakar Bujang, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sarikei Shirley Siaw Ling Ling, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei Tang Kee Lee dan ketua-ketua masyarakat setempat. - UB

Comments
Post a Comment