Ekonomi Sarawak Perlu Berkembang Lapan Peratus Menjelang 2030


KUCHING: Ekonomi Sarawak perlu berkembang pada kadar lapan peratus setiap tahun untuk mencapai negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2030.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu penting untuk menggandakan saiz ekonomi Sarawak dari RM133 bilion pada 2018 menjadi RM282 bilion.

Bagi merealisasikan hasrat itu Abang Johari beberapa sektor akan menjadi faktor penyumbang yang perlu diberi perhatian pada masa sekarang.

Antaranya ialah, pertanian komersial, perlombongan moden, perhutanan, pembuatan dan perkhidmatan pelancongan berasaskan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

“Sarawak akan mempercepat usaha untuk memajukan pertanian dan perlombongan moden menggunakan teknologi 4IR dalam usaha untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) di Wisma Bapa Malaysia, pada hari ini.

Menurut Ketua Menteri, tumpuan diberikan pada peningkatan tahap produktiviti yang ada secara signifikan di semua sektor ekonomi melalui penggunaan teknologi dan inovasi.

Berdasarkan tumpuan ini katanya, Sarawak menjangkakan eksport negeri akan meningkat tiga kali ganda. Antara tindakan diambil ialah mengurangkan kebergantungan eksport gas asli cecair (LNG) sebaliknya meningkatkan nilai bagi menghasilkan petrokimia atau perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

Bagi sektor pertanian pula katanya, Sarawak akan mengeksport produk makanan bernilai tinggi, bukannya hasil pertanian utama kerana sasaran adalah mengubah defisit perdagangan makanan semasa sebanyak RM3 bilion kepada lebihan bersih.

Sementara sektor pembuatan pula katanya, untuk berkembang pada kadar enam peratus atau lebih.

“Sarawak tidak hanya fokus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sebaliknya mahu meningkatkan taraf hidup rakyat dengan Kami ingin meningkatkan purata pendapatan isi rumah dari RM5,000 sekarang kepada RM16,000 sebulan,” katanya lagi.

Ketua Menteri menjelaskan, peratusan isi rumah di Sarawak pada masa sekarang adalah rendah iaitu 53 peratus, justeru ia mesti ditangani secara holistik.

Untuk rekod, Ketua Menteri berkata SEAC ditubuhkan untuk menghadapi cabaran baharu perniagaan berikutan penularan Covid-19. - Jiwa Bakti

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu