KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, kerajaan akan menggunakan hasil daripada cukai gula bagi menyediakan sarapan percuma dan sihat kepada murid sekolah rendah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi membolehkan kanak-kanak sihat dan bertenaga untuk memulakan sesi persekolahan. Tegasnya, tidak akan ada cukai baharu untuk tahun ini, kecuali cukai gula yang sudah diumumkan sebelum ini yang ditangguhkan pelaksanaannya. “Penangguhan pelaksanaan cukai itu bagi membolehkan kerajaan meneliti mekanisme berkesan untuk memastikan pelaksanaan cukai bagi penjagaan kesihatan mencapai objektifnya,” katanya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2019, di sini, hari ini. Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2019 buat kali pertama mencadangkan pelaksanaan cukai eksais 40 sen seliter pada minuman manis yang mengandungi lima gram gula atau pemanis berasaskan gula bagi 100 mililiter (ml), termasuk buah-buahan dan jus sayuran dengan kandungan gula lebih ...
BEIJING : Pihak berkuasa China didakwa memandulkan wanita Uighur secara paksa bagi mengurangkan jumlah penduduk etnik Islam itu di barat wilayah Xinjiang. Laporan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang diterbitkan semalam, mendedahkan dasar China yang mengurung wanita Uighur di kem tahanan jika enggan menggugurkan kandungan sekiranya melebihi kuota anak yang ditetapkan. Laporkan berasaskan data rasmi, dokumen dasar dan temu bual dengan wanita Uighur itu mendorong sekumpulan Ahli Parlimen antarabangsa mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan siasatan. Tindakan itu menimbulkan kemarahan China yang semalam menafikan menindas etnik Uighur dan menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas. China dituduh memenjarakan lebih sejuta etnik Uighur dan minoriti Islam lain di 'kem pendidikan semula' atas alasan mahu memberi latihan kemahiran , sekali gus menghindarkan mereka terpengaruh dengan kegiatan pengganas. Laporan berasaskan data oleh Zenz, y...
Comments
Post a Comment