Posts

Konvoi Red Riders - Tay Motors Selamat Tiba Di Miri

Image
MIRI: Cabaran hari pertama konvoi Red Riders - Tay Motors selamat tiba di Bandaraya Miri walaupun tiba agak lewat malam tadi. Jelajah bermula dari Kuching seawal jam 2 pagi lantaran khabar angin yang menyatakan operasi Feri Triso yang beroperasi jam 4 pagi. "Malang bagi kami, operasi feri hanya bermula pada jam 6 pagi. "Kami terpaksa menunggu selama 2 jam di pangkalan feri tersebut namun semua peserta terus kekal bersemangat untuk meneruskan perjalanan," kata ketua konvoi George Marcella. Tambahnya, keadaan jalan yang beralun menambah cabaran di sepanjang jalan pesisir bermula dari Maludam hingga ke jalan utama Pusa. "Lebih memburukkan keadaan, kami terpaksa menempuh hujan yang lebat dengan jarak pengelihatan yang sangat minima hingga menyebabkan seorang peserta mengalamai kemalangan kecil akibat hilang kawalan ketika melalui satu selekoh yang beralun. "Kesan dari kemalangan kecil tersebut, dia mengalami luka kecil sahaja akibat dar...

Jangan ingat Sarawak bodoh, Nancy bidas Putrajaya tarik balik projek

Image
KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat Sarawak memberi amaran kepada Putrajaya agar jangan menganggap rakyat Sarawak bodoh selepas kerajaan persekutuan menarik balik projek pembinaan 3 jambatan atas alasan kekangan wang. Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri berkata, beberapa wakil rakyat Sarawak membangkitkan isu pembinaan jambatan di Igan, Rambungan dan Batang Lupar dan pembangunan lain di Dewan Rakyat tetapi alasan diberi sama sahaja. “Kerajaan persekutuan atau mana-mana parti memerintah harus beri kemudahan ini untuk kegunaan rakyat Sarawak. Tidak bolehlah kata tidak ada duit. Sudah beberapa kali isu ini dibangkitkan di Dewan Rakyat, menteri asyik kata tunggu lagi. “Kami bukannya bodoh, cakap duit tidak ada tetapi sebenarnya banyak duit. Kalau jadi pemimpin, jadilah pemimpin untuk semua rakyat. Masa pilihan raya bolehlah bergaduh untuk menang tetapi lepas pilihan raya janganlah berdendam,” katanya kepada FMT. Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg ...

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu

Image
KUCHING:  Komuniti Red Riders dengan kerjasama Tay Motors yang menyambut ulang tahun ke-10 tahun ini akan menganjurkan jelajah bermotosikal dari Bandaraya Kuching ke Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. "Konvoi yang disertai oleh 12 orang penunggang yang menunggang motosikal berkapasiti 135cc ke 155cc tersebut dijadualkan bermula pada 30 Mac dan berakhir pada 3 April," kata ketua konvoi George Marcella. Jelasnya, perjalanan sepanjang lima hari tersebut bakal menempuh perjalanan sekitar 2,700km. "Ketahanan mental dan fizikal peserta akan diuji memandangkan perjalanan konvoi akan melalui lebuh raya Pan Borneo yang kini masih dalam proses pembinaan. "Walaupun perjalanan dijangka mencabar, apa yang penting ialah peluang untuk menghayati keindahan menunggang sambil menjelajah negeri Sarawak dan Sabah hanya dengan menunggang motosikal berkapasiti kecil," ujarnya. Cabaran utama yang perlu diberi perhatian akan ditempuh pada hari terakhir dimana kon...

Pindaan dipersetujui jika dukung kepentingan Sarawak

Image
KUCHING:  Jawatankuasa Perundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Peringkat Negeri bersetuju dengan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan jika ia diyakini mengandungi penambahbaikan kepada hak serta kepentingan Sarawak. Pengerusi Jawatankuasa Perundingan MA63 Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, ia bagi memastikan pindaan yang dijangka akan dibentangkan di persidangan Parlimen pada 8 hingga 9 April itu bukan sekadar bagi tujuan hiasan sahaja. “Buat masa ini Jawatankuasa Perundingan tidak mahu mengulas lanjut atau memberi komen mengenai perkara ini sehingga selepas Rang Undang-Undang yang dicadangkan dilihat sendiri oleh ahli jawatankuasa. “Kami bagaimanapun menyokong mana-mana pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang jika kami yakin kandungan mengandungi penambahbaikan kepada hak serta kepentingan negeri,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan MA63 bersama Ketua Menteri Da...

Pesta Daro 2019 bermula hari ini sarat aktiviti, pengisian menarik

Image
MUKAH:  Seramai 30,000 dijangka pengunjung menggamatkan Pesta Daro 2019 yang berlangsung selama sembilan hari bermula hari ini. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad yang juga selaku pengerusi penganjur, pihaknya telah menyediakan pelbagai program bagi memeriahkan pesta tersebut. “Antara program yang dirancang ialah majlis kesyukuran sambutan Hari Daerah Daro Ke-46 tahun, pertandingan poco-poco kreatif, menyumpit, futsal, pertandingan makan aiskrim, pertandingan bermukun serta pertandingan nyanyian ‘The Voice Daro’,” katanya kepada Utusan Borneo. Turut diadakan pelbagai gerai jualan, pameran dan aktiviti sampingan sehingga 11 malam setiap hari sepanjang tempoh berlangsungnya pesta. Difahamkan sebanyak 186 gerai akan turut serta memeriahkan suasana pesta. Kemuncak acara berlangsung pada Sabtu di mana Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka hadir merasmikan pesta, sekali gus menyempurnakan upacara pecah tanah pembina...

Pelbagai aktiviti menarik pada Majlis Agenda Warisan Pintar Old Kuching

Image
KUCHING:  Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurkan Majlis Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 bermula 25 hingga 31 Mac di Tebingan Kuching di sini. Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan dihadiri isterinya Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, malam kelmarin. Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani, Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai serta tetamu kehormat lain. Abdul Wahap dalam ucapannya berkata, bertemakan ‘Empowering Smart Community,’ Majlis Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk penyertaan dan manfaat semua lapisan masyarakat. “Antaranya Malam Kebudayaan Warisan, ekspo dan pameran yang disertai oleh agensi kerajaan, swasta dan komuniti terlibat dengan inisiatif  Kejiranan Mesra (KJM) DBKU. “Selain itu, aktiviti suka...

Disimbah menantu dengan air panas

Image
SIBU:  Hanya kerana ditegur selalu membawa rakan perempuan balik ke rumah semasa ketiadaan suaminya, seorang menantu bertindak kejam dengan menyimbah air panas ke arah ibu mertuanya. Kejadian tersebut berlaku ekoran satu pertengkaran antara mangsa dan menantu perempuan juga warganegara Indonesia di sebuah rumah sewa tingkat atas di Jalan Laichee sekitar jam 3.00 petang, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, akibat kejadian itu, mangsa, 62,  mengalami luka melecur di bahagian muka sebelah kiri, bahagian dada, bahu dan paha sebelah kiri. Katanya, kejadian itu juga disaksikan oleh anak saudara perempuan pengadu. "Mangsa kemudian berlari keluar rumah dan meminta jiran membantu menyapukan ubat gigi di bahagian melecur," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Katanya, pengadu hanya membuat laporan polis selepas dibawa oleh anak lelakinya ke Hospital Sibu pada jam 3.00 petang Rabu lalu. Polis kemudian membawa...