Majlis peguam kritik SPRM tak patut dedah klip audio Najib berkait skandal 1MDB
PETALING JAYA: Majlis Peguam Malaysia mengkritik tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman perbualan yang didakwa antara Najib Razak dan beberapa pegawai kerajaan berhubung urusan dikaitkan dengan 1MDB dan SRC International. Presidennya, Abdul Fareed Abdul Gafoor terkejut dengan tindakan SPRM memainkan klip audio itu dalam sidang media semalam dan menyifatkannya perkara itu pertama kali berlaku dan tidak wajar kerana ia akan mengundang orang ramai dan media membuat penghakiman sebelum siasatan bermula. “Cara pendedahan itu tidak wajar dan menimbulkan pelbagai tuduhan terhadap SPRM, termasuk dakwaan penghinaan, subjudice, pelanggaran Akta Rahsia Rasmi 1972 dan memalukan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, SPRM sepatutnya hanya memaklumkan kewujudan rakaman perbualan itu kepada orang ramai dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menyiasatnya. Katanya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya tidak patut ber...