Posts

Hari ESG Senari Synergy Group 2023 Berlangsung Dengan Jayanya

Image
KUCHING: Hari ESG (Kelestarian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) Senari Synergy Group 2023 telah berlangsung dengan jayanya di IOT Management Sdn Bhd di Jalan Bako baru-baru ini. ESG ialah rangka kerja yang digunakan untuk menilai amalan perniagaan dan prestasi organisasi dalam pelbagai isu kemampanan dan etika. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni dalam ucapannya menekankan bahawa pelaburan dalam ESG kini mendapat tarikan daripada kalangan pelabur.  Katanya ia adalah piawaian yang mesti dipatuhi oleh syarikat untuk memenuhi tanggungjawab korporat dan sosial mereka dan melalui pematuhan piawaian ESG, ia akan menjadi nilai tambah bagi syarikat untuk menarik lebih banyak pelaburan. "Dari segi alam sekitar pula, sesebuah syarikat akan dinilai melalui keupayaannya mengurus kelestarian alam sekitar termasuk dari sudut penggunaan sumber tenaga diperbaharui, kawalan sisa pembuatan (jadual pengurusan sisa), pengurusan sumber air dan sebagainya. ...

Enam Kluster Baharu Covid-19 Dikesan, 2 Di Tawau

Image
KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kluster baharu Covid-19 telah dikenal pasti hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Kluster pertama adalah Bot Biru melibatkan daerah Tawau di Sabah, katanya. Sehingga kini beliau memaklumkan seramai 23 individu telah disaring manakala 17 kes telah dikesan positif Covid-19. “Kedua, Kluster Blik 31, kluster ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Sehingga hari ini, sejumlah 26 individu telah disaring di mana 13 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Seterusnya adalah Kluster Gemilang di Johor Bharu, kata Noor Hisham telah menyaring 95 individu dan 26 daripadanya dikesan positif pandemik berkenaan. “Seterusnya Kluster Tapak Bina Sungai Udang melibatkan para pekerja sebuah tapak pembinaan dalam daerah Kepong di Kuala Lumpur. Sehingga hari ini, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif,” tambah Noor Hisham. Kelima adalah Kluster Chengal melibatk...

Sarawak tuntut peruntukan khas yang adil daripada Kerajaan Persekutuan

Image
KUCHING : Sarawak akan terus menuntut peruntukan khas yang adil daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan. Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, rundingan mengenai perkara itu belum lagi selesai meskipun Kerajaan Persekutuan telah memberikan RM36 juta sebagai peruntukan khas kepada negeri ini. “Saya telah mempersoalkan semula untuk mendapatkan angka RM36 juta ini dan formulanya belum jelas dan belum diberitahu,” jelas beliau dalam temu bual dengan Sarawak Voice di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini. “Ini kerana saya berpandukan kalau kedudukan kewangan Malaysia baik, maka sudah tentunya ada formula untuk diberi kepada Sarawak,” katanya, sambil menambah, kalau keadaan kewangan tidak baik pula, akan ada formula tertentu. “Bagi saya, mesti ada formula untuk mendapatkan peruntukan khas yang sepatutnya diberi kepada Sarawak mengikut Artikel 112 Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya. Ab...

Trump pakai pelitup muka kali pertama di khalayak ramai

Image
WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memakai pelitup muka untuk kali pertamanya di khalayak ramai, hari ini sekali gus menunjukkan beliau terpaksa tunduk kepada tekanan kuat supaya memberikan contoh terhadap kesihatan awam di saat negara itu diancam teruk COVID-19. Menurut rakaman berita di televisyen, Trump dilihat memakai pelitup muka berwarna hitam ketika beliau berjalan di koridor hospital tentera Walter Reed, di luar Washington bagi bertemu dengan veteran yang cedera. Trump yang berjalan merentas wartawan, bagaimanapun tidak berhenti untuk membuat kenyataan berhubung tindakannya itu yang memang dinanti-nantikan selama ini, iaitu perubahan dilakukannya terhadap amalan disarankan oleh pakar perubatan kerajaan, walaupun beliau menolaknya sebelum ini. "Saya rasa sangat bagus memakai pelitup muka. Saya tidak pernah menentang pemakaian pelitup muka, namun saya percaya ada masa dan tempatnya, " kata Trump sebaik sahaja meninggalkan Rumah Pu...

Solat Jumaat pertama di Hagia Sophia, 24 Julai ini

Image
ISTANBUL : Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan umat Islam akan bersolat Jumaat yang pertama, di Hagia Sophia selepas Mahkamah Tinggi membatalkan status muziumnya, pada 24 Julai ini. "Dengan kuasa Tuhan, kita akan melakukan solat Jumaat bersama-sama pada 24 Julai dan membuka Hagia Sophia untuk beribadah. "Seperti semua masjid kita, pintu Hagia Sophia akan dibuka kepada semua penduduk tempatan dan orang luar, Muslim dan bukan Muslim.," kata Erdogan. Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keeenam. Bangunan itu ditukar kepada masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau dikenali sebagai Constantinople. - AFP

Rossi Has Signed Petronas Yamaha Deal To Stay In MotoGP

Image
VALENTINO ROSSI is ready to extend his time in the MotoGP World Championship with the Petronas Yamaha squad, with the nine-time world champion expected to announce a two-year deal at next week’s opening round of 2020 at Jerez. Rossi has been in talks with the Malaysian-based satellite team for months while the coronavirus pandemic has halted his chances to test out both his abilities and the capability of Yamaha’s 2020 M1 machine, after initially saying that he wanted to take a number of races to make his decision. However, it seems the unusual circumstances of 2020 have prompted him to make the call without any track time, with an announcement now expected to come in the next week, before track action kicks off at Jerez for a double-header season opening. Surprisingly, Rossi is expected to sign for two seasons, aiming to keep racing in MotoGP until at least the end of 2022 and until he turns 43. Yamaha boss Lin Jarvis has already pledged his full support to Rossi...

‘Tali gantung’ untuk 6 individu bunuh Kevin Morais

Image
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap enam tertuduh yang didapati bersalah membunuh mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya disimen dalam tong dram lima tahun lalu. Keenam-enam tertuduh itu ialah pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S Ravichandran, 49, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 28; AK Thinesh Kumar, 27, M Vishwanath, 30, dan S Nimalan, 27. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah ketika membacakan penghakimannya berkata, kesemua tertuduh didapati mempunyai niat bersama-sama membunuh Kevin Morais pada September 2015. Kata Azman, pendakwaan juga telah berjaya membuktikan kesemua tertuduh mempunyai niat bersama untuk melakukan pembunuhan ke atas Kevin Morais manakala pembelaan pula telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah. “Kes ini juga dianggap penting kerana mendapat liputan meluas dan perhatian umum dari a...

Sarawak Report dan Kit Siang kata Najib bunuh pendakwa raya Kevin Morais sebab kes 1MDB

Image
Ini isu "Sarawak Report dan Kit Siang kata Najib bunuh pendakwa raya Kevin Morais sebab kes 1MDB lalu sumbatkan mayat dia dalam tong simen lalu pen drive (yang tidak pernah dikeluarkan mereka) adalah bukti kukuh". Nama Najib ramai yang kenal. Nama mendiang Kevin Morais yang dibunuh dengan cara begitu kejam juga ramai yang kenal. Tetapi siapa kenal pakar patologi Kolonel Dr R Kunaseegaran? Kunaseegaran didapati bersalah menerima rasuah oleh mahkamah pada bulan Oktober tahun lalu. Hari ini pula, dia juga dijatuhkan hukum mati bersama 5 rakan dia selepas didapati bersalah membunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemukan di dalam dram berisi konkrit, lima tahun lepas. "10 Jul 2020: 6 orang dihukum mati kerana bunuh Kevin Morais" https://www.malaysiakini.com/news/533809 Kunaseegaran pernah menjawat sebagai Pakar Patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan mahkamah mendapati dia telah menerima rasuah...

Kes bunuh Kevin Morais: Hukuman mati terhadap 6 tertuduh

Image
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman mati mandatori terhadap enam tertuduh dalam kes pembunuhan Kevin Morais.- MalaysiaGazette

500 penghantar makanan e-hailing dibantu

Image
KUALA LUMPUR : Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Mobilepreneur 2.0 menyasarkan untuk membantu seramai 500 penghantar makanan e-hailing dengan maksimum pembiayaan tanpa faedah berjumlah RM10,000 seorang. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, skim dengan peruntukan keseluruhan RM5 juta itu bertujuan untuk pembelian motosikal baharu dan modal pusingan bagi penghantar makanan e-hailing yang telah berdaftar dengan syarikat e-hailing. “MEDAC melalui Tekun Nasional membuka peluang menjana pendapatan kepada golongan hilang pekerjaan akibat wabak Covid-19 untuk menjadi gig worker atau rider yang melibatkan anak muda yang memainkan peranan dalam pembangunan negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Tekun Mobilepreneur di sini. Seramai 48 penghantar makanan e-hailing berminat menyertai Tekun Mobilepreneur 2.0 dan lima permohonan telah diluluskan setakat ini. Sebelum ini, Tekun Mobil...

Semoga Tun M dilimpahi rahmat – Najib

Image
KUALA LUMPUR – Hubungan love and hate (cinta tapi benci) antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak kendur sedikit hari ini. Mana tidaknya, Najib dilihat menaikkan status ucapan selamat hari lahir buat bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dengan masih memanggil Mahathir sebagai sir. “Happy 95th birthday, sir. (Selamat Hari Lahir ke 95, Sir). “Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat, kesihatan dan dilanjutkan usia,’ ucap Najib di Facebooknya hari ini. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi menyambut hari lahir ke 95, hari ini. Kedua-dua sekutu yang kemudiannya menjadi seteru politik itu dilihat sering berbalas kenyataan antara satu sama lain di media sosial sejak beberapa tahun lalu. Sebelum ini Najib menjawab cabaran Mahathir dengan menyenaraikan apa yang menurutnya kontrak kerajaan kepada anak-anak dan kroninya, ketika menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun komen itu tiba-tiba ‘hilang’ daripada ruangan...

Pendapatan Garis Kemiskinan baharu dinaikkan kepada RM2,208 sebulan

Image
KUALA LUMPUR – Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baharu nasional adalah RM2,208 sebulan bagi satu isi rumah, selepas kerajaan mengkaji semula metodologinya yang dikemaskini pada tahun lalu. Kali terakhir pengiraan metadologi PGK adalah pada tahun 2005 dan PGK pada tahun 2016 adalah sebanyak RM980 sebulan bagi satu isi rumah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, berdasarkan PGK baharu ini, kadar kemiskinan negara naik kepada 5.6% kepada 405, 441 isi rumah) bagi tahun 2019 berbanding 0.4% (24,700 isi rumah) yang diukur berdasarkan metodologi PGK 2005. Sekiranya metodologi PGK 2019 digunakan untuk mengukur kadar kemiskinan pada tahun 2016, peratusannya adalah 7.6% (525, 743 isi rumah). ”Ini bermakna, jika diukur menggunakan metodologi PGK yang baharu, kadar kemiskinan negara telah menurun sebanyak dua mata peratus dari 7.6% pada tahun 2016 kepada 5.6% pada tahun 2019, jelas menunjukkan program dan inisiatif pembasmian kemiskinan yang dijalanka...

Hina Agong, perancang bandar didakwa

Image
KUALA LUMPUR : Seorang perancang bandar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik melalui Facebook (FB) berhubung Yang di-Pertuan Agong pada 2018. Nazaruddin Mohamad, 48, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy. Mengikut pertuduhan, Nazaruddin didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi FB miliknya secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 12.33 tengah malam 13 Mac 2018. Pautan itu kemudian dibaca di Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini, pada 10 pagi, 27 Mac tahun sama. OKS didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setah...

UAE Bakal Catat Misi Pertama Ke Marikh

Image
DUBAI : Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang sebelum ini berjaya membangunkan program tenaga nuklear dan menghantar manusia ke angkasa, kini merancang untuk menyertai negara elit lain dengan menghantar misi ke Marikh. Hanya Amerika Syarikat (AS), India, Soviet Union dan Agensi Angkasa Lepas Eropah berjaya menghantar misi mengorbit Marikh, manakala China sedang bersiap sedia untuk melancarkan pendaratan robik jenis rover ke Marikh hujung bulan ini. UAE yang terkenal dengan bangunan pencakar langit dan tarikan pelancongan mega, kini sedang berusaha untuk menjadi dunia Arab pertama berbuat demikian. Ia juga sempena ulang tahun ke-50 penyatuan UAE, dengan kapal angkasa lepas tanpa pemandu dikenali sebagai 'Hope' dijangka tiba ke sasaran pada Februari tahun depan, selepas dilancarkan pada 15 Julai depan di Pusat Angkasa Lepas Tanegashima, Jepun. Walaupun objektif misi itu untuk menyediakan gambaran komprehensif perubahan dinamik cuaca dalam atmosfera Marikh bagi memb...

Vietnam kongsi pengalaman tangani COVID-19 dengan Afrika Selatan

Image
HANOI : Vietnam bersedia berkongsi pengalaman mencegah dan memerangi wabak COVID-19 dengan Afrika Selatan menerusi persidangan dalam talian seperti dilakukan dengan pasukan tentera perubatan di beberapa negara lain, baru-baru ini. Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), keputusan itu dikongsikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Nasionalnya, Nguyen Chi Vinh bersama rakan sejawatnya dari Afrika Selatan, Thabang Makwetla, semalam. Ketika perbincangan menerusi telefon itu, semalam Vinh menekankan mengenai pentingnya kerjasama antarabangsa dalam memerangi wabak itu. Beliau memberi penerangan mengenai upaya Vietnam untuk menyekat penyebaran coronavirus, termasuk pembabitan seluruh sistem politik dan tentera yang turut memainkan peranan sehingga berjaya mengawal wabak berkenaan. Sementara itu, Thabang memuji kejayaan Vietnam dalam memerangi COVID-19, dengan harapan kerjasama negara terbabit dalam membantu memerangi penyakit berkenaan. Kedua-dua pihak mengkaji kerjasa...

Bayi maut dicampak ibu dari tingkat 18

Image
GEORGETOWN : Seorang bayi perempuan baru dilahirkan meninggal dunia selepas dicampak dari tingkat 13 sebuah apartmen di Farlim di sini, pagi tadi. Kejadian menyebabkan otak bayi malang berkenaan berkecai. Perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh ibunya yang berusia 18 tahun. Mayat bayi itu ditemui oleh seorang penghuni apartmen berkenaan yang dalam perjalanan ke tempat kerja.  Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, mengesahkan kejadian terbabit dan siastaan masih dijalankan.  Ia adalah kejadian kedua seumpamanya di negeri itu dalam tempoh dua bulan. Pada 13 Mei lalu, seorang bayi yang baru beberapa jam dilahirkan dicampak dari tingkat empat sebuah flet di Persiaran Mayang Pasir 5 di sini.  Bagaimanapun, bayi berkenaan selamat apabila terjatuh ke atas bumbung unit flet di tingkat bawah. Ibunya berusia 18 tahun dan teman lelaki ditahan untuk siasatan. - BHOnline

ADUN Rahang Keluar DAP

Image
SEREMBAN : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Zulkefly Mohd Omar mengesahkan menerima surat makluman peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine sebagai ahli DAP Negeri Sembilan sekali gus menjadi ADUN Bebas pertama di negeri ini. Katanya, beliau menerima surat berkenaan pagi tadi di pejabatnya melalui serahan tangan yang dihantar pegawai ADUN terbabit. "Kita menghormati keputusan beliau walaupun sebagai ADUN Bebas tetapi beliau menyatakan tetap akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan. "Beliau hanya meletakkan semua jawatan dalam parti DAP sahaja, jadi tiada PRK (Pilihan Raya Kecil)," katanya di sini, hari ini. Sementara itu, dalam surat peletakan jawatan berkenaan, Mary Josephine menyatakan peletakan jawatannya berkuat kuasa hari ini. Beliau menyatakan sokongan dan keyakinan terhadap kepemimpinan Menteri Besar yang juga...

Bukti kukuh COVID-19 boleh menjangkiti bayi dalam kandungan: Saintis

Image
PARIS : Saintis semalam memaklumkan terdapat 'bukti kukuh' bahawa ibu mengandung yang positif COVID-19 boleh menyebarkan virus itu kepada anak dalam kandungan. Perkara itu dimaklumkan dalam satu penemuan yang dilihat bakal mengubah kaedah bagaimana wanita mengandung akan dilindungi dalam tempoh pandemik ini. Walaupun terdapat beberapa kes terpencil bayi dijangkiti virus itu, kajian itu menunjukkan terdapat kaitan kukuh pemindahan virus antara ibu mengandung dengan anak dalam kandungan. Penyelidik di Itali mengkaji 31 wanita mengandung yang dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti COVID-19, dan menemui virus itu dalam uri, tali pusat, vagina seorang wanita dan dalam susu badan. Mereka turut mengesan antibodi COVID-19 dalam tali pusat beberapa wanita mengandung, serta dalam spesimen susu badan. Ketua penyelidik dari Universiti Milan, Claudio Fenizia, berkata penemuan itu secara kukuh menunjukkan bahawa penyebaran in-vitro boleh berlaku. "Berdasa...

Pendakian ke puncak Kinabalu dengan normal baharu

Image
Penularan virus COVID-19 menjadi igauan ngeri penduduk dunia hinggakan ia mengubah kebiasaan kehidupan manusia kepada normal baharu serta memberi kesan kepada aktiviti harian rakyat dan Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini. Tatacara normal baharu yang berlandaskan prosedur pengendalian standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu turut terpakai bagi aktiviti rekreasi termasuk pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Setelah hampir dua bulan aktiviti pendakian ke Gunung Kinabalu ditutup sementara kepada orang ramai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, Taman Taman Sabah (TTS) telah membuka semula laluan pendakian pada 16 Mei lepas tetapi setiap pendaki perlu mematuhi SOP. Peluang ini tidak dilepaskan sia-sia oleh media di Sabah termasuk penulis apabila menerima tawaran TTS bagi pembukaan semula pendakian untuk melihat pelaksanaan SOP ke puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter itu, baru-baru ini. ...

Datuk Bandar Seoul Ditemui Maut Selepas Dakwaan Gangguan Seksual

Image
SEOUL : Datuk Bandar Seoul, Park Won-soon, yang selama ini dilihat berpotensi menjadi calon Presiden Korea Selatan, ditemui maut hari ini, kata pihak polis. Rabu lalu, bekas kakitangan Bandar Seoul membuat laporan polis dengan dakwaan membabitkan gangguan seksual terhadap Won-soon, 64. Pihak polis memaklumkan mayat Won-soon ditemui di sebuah gunung di utara Seoul selepas pencarian dilakukan ratusan pegawai. Wartawan AFP yang berada di lokasi melihat anggota kecemasan membawa mayatnya turun ke bawah awal pagi ini, sebelum dibawa ke hospital. Pihak polis turut memaklumkan bahawa tiada nota bunuh diri ditemui di lokasi mayat itu ditemui, namun agensi berita Yonhap melaporkan yang Won-soon 'dianggap membunuh diri'. Jika terbukti membunuh diri, Won-soon akan menjadi individu berprofail paling tinggi berbuat demikian sejak bekas presiden, Roh Moo-hyun, terjun daripada tebing pada 2009, selepas disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan ahli keluarganya. ...