Konvoi Red Riders - Tay Motors Selamat Tiba Di Miri
MIRI: Cabaran hari pertama konvoi Red Riders - Tay Motors selamat tiba di Bandaraya Miri walaupun tiba agak lewat malam tadi. Jelajah bermula dari Kuching seawal jam 2 pagi lantaran khabar angin yang menyatakan operasi Feri Triso yang beroperasi jam 4 pagi. "Malang bagi kami, operasi feri hanya bermula pada jam 6 pagi. "Kami terpaksa menunggu selama 2 jam di pangkalan feri tersebut namun semua peserta terus kekal bersemangat untuk meneruskan perjalanan," kata ketua konvoi George Marcella. Tambahnya, keadaan jalan yang beralun menambah cabaran di sepanjang jalan pesisir bermula dari Maludam hingga ke jalan utama Pusa. "Lebih memburukkan keadaan, kami terpaksa menempuh hujan yang lebat dengan jarak pengelihatan yang sangat minima hingga menyebabkan seorang peserta mengalamai kemalangan kecil akibat hilang kawalan ketika melalui satu selekoh yang beralun. "Kesan dari kemalangan kecil tersebut, dia mengalami luka kecil sahaja akibat dar...