Bintulu dipilih sebagai tuan Rumah sambutah Hari Sarawak
KUCHING : Sambutan Hari Sarawak yang dirai pada 22 Julai ini di Bintulu akan diadakan dengan penuh berprestij yang menyaksikan tujuh acara menarik turut dianjurkan. Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sambutan Hari Sarawak tahun ini amat istimewa kerana julung kali diadakan di luar Kuching. "Jadi ini peluang terbaik untuk rakyat di Bintulu dan penduduk sekitarnya untuk bersama-sama menyaksikan sambutan hari bersejarah buat Sarawak. "Malah, ini penting untuk rakyat Sarawak terutamanya generasi muda bagi mengetahui tentang sejarah kita dan mentadbir sendiri negeri kita pada 22 Julai 1963 dari kerajaan British 56 tahun lalu," katanya pada sidang media sambutan Hari Sarawak di Menara Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA), The Isthmus di sini, hari ini. Tambah Dr Rundi, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pertama diadakan di Bintulu ketika itu dan ini amat memberi makna memilih bahagian tersebut sebagai tuan rumah sambut...