Sarawak adalah negeri kita, perlu ditadbir semua kaum demi kesejahteraan bersama
KUCHING : Penyertaan semua kaum dalam membangunkan Sarawak amatlah diperlukan dalam memastikan pembangunan negeri ini dapat dinikmati bersama. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak adalah negeri kita dan perlu ditadbir dan dibangunkan secara bersama dengan melibatkan penyertaan semua kaum. “Di kawasan pedalaman misalnya, penduduknya yang terdiri daripada masyarakat Dayak masih memerlukan jalan, jambatan, air bersih dan elektrik 24 jam dan internet. “Kita juga mempunyai gabungan politik dan gagasan yang berbeza tentang sesuatu perkara, tetapi kita perlu bersatu atas nama orang Sarawak demi kebaikan bumi Kenyalang ini. “Justeru, masyarakat Dayak dan kaum-kaum lain pada hari ini perlu mengambil bahagian secara bersama dalam membangunkan ekonomi Sarawak.,” katanya. Beliau berkata demikian dalam perutusan bersempena perayaan Gawai di sini, hari ini. Menurut Datuk Patinggi Johari lagi, Kerajaan Sarawak juga nekad untuk memastika...