Rakyat tidak terima permohonan maaf penerbit hina Jata Negara
KUALA LUMPUR – Walaupun penerbit buku kontroversi telah memohon maaf, Wirawati Putra Malaysia tetap mahu pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang lebih tegas kerana perbuatan menghina Jata Negara tidak boleh diterima rakyat. Ketuanya, Dr. Asmah Razalli menegaskan, maruah dan kedaulatan negara tidak sesekali boleh dijadikan bahan jenaka oleh pihak tidak bertanggungjawab yang tiada sifat taat setia kepada negara sendiri. Beliau bagaimanapun, memuji tindakan pantas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis menyiasat isu Jata Negara diubahsuai serta disalahguna oleh sebuah syarikat penerbitan. Katanya, tindakan undang-undang dan hukuman berat perlu dikenakan ke atas mereka yang terang terangan menghina Jata Negara dengan alasan tidak tahu atau dijadikan bahan jenaka. “Hukuman berat dan tindakan undang-undang ini wajar sebagai peringatan kepada mana-mana warga negara mahupun pemimpin politik supaya tidak sekali-kali berani memperlekehkan kehormatan serta mar...